VISI KPDNKK

'Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi'

MISI KPDNKK

Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan;

Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif; dan

Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.

outline

SUARAKAN ASPIRASI ANDA

Hantarkan Aspirasi anda menjelang tahun 2050 atau emelkan aspirasi anda ke tn50@kpdnkk.gov.my

Ekspresi Anda

  • “Gerakan koperasi dapat mengubah cara pengurusan dan pentadbiran pasukan bola sepak di Malaysia sama seperti di Liga Sepanyol. Koperasi mampu memodenkan pengurusan bola sepak dan melibatkan penyokong dalam setiap peringkat pembangunan sehinggalah mempunyai suara dan kuasa untuk membuat keputusan penting untuk kelab/ persatuan bola sepak.”

    — Mohd Nadmin Ramlan / Pegawai Tadbir & Diplomatik

  • “Pemerkasaan pengguna melalui undang-undang dan peraturan serta garis panduan yang lebih komprehensif dan dikuatkuasakan tanpa kompromi oleh pihak berwajib. ”

    — Nabilah Abd Aziz / Assistant Pharmacist

  • “Aspirasi seperti di bawah: 1. Hapuskan gejala orang tengah. 2. Hadkan peniaga asing dan hapuskan peniaga ali baba. 3. Memperkasakan hak pengguna dan menghadkan kuasa monopoli sesetengah perkhidmatan seperti jalu lebar. 4. Mencari mekanisme harga yang tidak mengikut musim seperti mewujudkan gudang simpanan bekalan ikan bagi musim tengkujuh. 5.Peniaga atas talian perlu satu gris panduan yang jelas. 6. Menitikberatkan isu Halal dan kebersihan”

    — Hidihr Zainal / Berniaga sendiri

  • “Diharapkan Malaysia dapat mencapai taraf negara maju,mempunyai pemimpin yang adil,tiada korupsi,GST dihapuskan,harga minyak stabil,tidak berlakunya rasuah”

    — MOHAMMAD HAMBALI ZAMAH SHARI / PELAJAR

  • “1) Meningkatkan peluang perniagaan kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan dengan pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih tegas dan terancang terhadap waarganegara asing (lesen ali baba dapat dibanteras). 2) Mendirikan pusat-pusat perniagaan setumpu (khusus peniaga-peniaga kecil) yang bernilai komersil berdasarkan sektor dan jenis perniagaan yang dijalankan. 3) Menggalakkan pernubuhan persatuan-persatuan penjaja-penjaja kecil berdasarkan kawasan perniagaan dalam membangunkan kawasan perniagaan setumpu tersebut. ”

    — AZNITA MANAP / EKSEKUTIF

  • “1-Memperkasakan sektor peruncitan dan perdagangan berkaitan hal ehwal pengguna dengan kawalan kadar harga makanan daripada mengalami peningkatan yang mendadak. 2-Jaminan keselamatan sosial daripada aspek jualan digital yang melibatkan pengguna daripada terjebak kepada perniagaan yang diragui atau muslihat penipuan. 3-Imej dan nilai komersial bidang keusahawanan harus dilihat sebagai profesion masa hadapan merujuk kepada satu cabang kerjaya yang perlu diperkenalkan kepada generasi y dan melinia. 4-Galakan dan ilmu kepenggunaan harus di berikan pendidikan dalam kalangan masyarakat agar selari dan selaras dengan ketamadunan sesebuah bangsa/negara maju iaitu minda negara kelas pertama. Maka sewajarnya para pengguna di Malaysia pada zaman tersebut lebih waspada dan sensitif dengan sebarang isu melibatkan pencatutan.”

    — AHMAD TAQUIYUDDIN BIN MD YAACOB / BAHAGIAN PEMBANTU TADBIR

  • “Kebanyakan pasaraya menjual barangan dengan harga 0.99 atau 1.99 hingga 9.99. Ini adalah strategi pemasaran yang dilakukakan oleh peniaga untuk menarik pelanggan yang menganggap barangan seperti 1.99 masih murah dan di bawah RM2.00 sehingga ke harga RM9.99 yang dianggap masih bawah RM10.00. Walau pun ianya satu strategi pemasaran dan perniagaan oleh peniaga, tetapi hakikatnya peniaga "menipu" pengguna secara halus dan membuat keuntungan atas angin secara secara tidak sah kerana bayaran yang dibuat adalah dibundarkan kepada angka genap yang terhampir seperti RM 9.99 menjadi RM10.00. Jika jualan secara kecilan ianya tidak nampak seperti ada keuntungan, jika nilai jualan adalah besar maka pasaraya membuat keuntungan berganda atas angin secara haram atas hasil dan pendapatan daripada pengguna. Sepatutnya jualan bersifat gharar (meragukan) iaitu menipu pengguna secara halus seperti ini tidak dibenarkan di negara ini pada masa akan datang.”

    — Mozak / Kerajaan

  • “Saya menginginkan gerakan koperasi di Malaysia memiliki kedai maya yang dapat membekalkan produk dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan bagi membela nasib anggota agar tidak ditindas atas oleh orang tengah. FairPrice Singapura boleh dijadikan contoh disamping koperasi berjaya mengawal harga pasaran, koperasi membantu mewujudkan kesejahteraan anggota dalam bentuk faedah kewangan dan bukan kewangan.”

    — Hj Ramlan Kamsin / Pensyarah Maktab Koperasi Malaysia

  • “Entiti Koperasi menjadi pendekatan alternatif membantu taraf hidiup sosio ekonomi masyarakat yang menyeluruh dan holistik. Juga membantu Kerajaan kekangan kos sara hidup masyarakat.”

    — Abdul Rahman Abdul Razak Shaik / Ketua Pengarah MKM

  • “Menjelang 2050, tiada lagi barang tiruan yang djual di dalam Malaysia kerana adanya undang-undang yang ketat menjaga hak pengguna”

    — NOOR AMIRAH BINTI MOHD AZALI / KERAJAAN

  • “Gerakan koperasi menjadi pilihan utama platform membawa kemakmuran sosio-ekonomi komuniti setempat serta memperkasakan perolehan KDNK negara.”

    — Abdul Rahman Abdul Razak Shaik / Ketua Pengarah MKM

  • “Menjelang tahun 2050, golongan pengguna menjadi bijak dan berpengaruh. Kepentingan dan perlindungan kepada pengguna menjadi keutamaan oleh peniaga yang beretika. Pengguna dan peniaga berasa selesa dan yakin dalam menjalankan transaksi perniagaan secara fizikal dan maya. ”

    — Nurul Marha Mohamed / PTD

  • “BERHARAP MENJELANG 2050 MALAYSIA MEMPUNYAI BEBERAPA BUAH KOPERASI YANG MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN YANG LUMAYAN KEPADA AHLI-AHLI KOPERASI. BERHARAP JUGA AGAR 2050 NANTI TIADA LAGI KUMPULAN PENJAJA KECIL DITEPI JALAN, TETAPI MEMPUNYAI KUMPULAN PENJAJA MODEN YANG MENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN NEGARA, ”

    — FAIZAL / SWASTA

  • “MEMPERKASA ENTITI PERNIAGAAN DI MALAYSIA KEPADA LEBIH KOMPETITIF, BERDAYA SAING DAN AKAUNTIBILITI SERTA MAMPU MELONJAKKAN JENAMA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL. MENGURANGKAN KOS SARA DIRI DI KAWASAN BANDAR DAN MENINGKATKAN TAHAP KEHIDUPAN PENDUDUK MENJELANG TAHUN 2050.”

    — WAN ZARAZILLAH BIN WAN ABU BAKAR / PENJAWAT AWAM

  • “peluang pekerjaan bagi generasi muda boleh ditambah lagi. kos sara hidup khususnya di bandar utama dapat dikawal. sistem pendidikan negara dapat ditambahbaik. harga rumah dapat dikawal oleh Kerajaan”

    — Jonah Saleem / Govt Servant

  • “Berharap koperasi pada masa akan datang menjadi lebih maju jaya diharapkan bagi setiap transaksi di dalam Kementerian telus, ikhlas dan saksama untuk memastikan ketelusan Kementerian untuk menjaga kepentingan pengguna.”

    — Mohammad Zahid Khair / Pelajar

  • “Penyediaan kawasan perumahan khas untuk warga emas (retirement homes for senior citizen) dengan dilengkapi kemudahan yang bersesuaian untuk warga emas. Ia telah dilaksanakan di India, Australia, Singapura dan beberapa negara lain. Ia memberi ketenangan kepada warga emas (hassle free) dan sekaligus memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Ia memberikan kehidupan yang aktif dan produktif kepada mereka dengan kemudahan riadah, rekreasi, sosial, kerohanian yang bersesuaian dengan tahap usia mereka. ”

    — Hazren / Pegawai Teknologi Maklumat

  • “Cashless transaction (using card) and more online grocery store. ”

    — Fadzlina / Admin Manager

  • “TRANSAKSI CASHLESS MELUAS & REBAT TUNAI UNTUK PENGGUNA”

    — KAMAL AZUREEN ADIKA BIN KAMAL ARIFFIN / PEGUAM

  • “smg harga rumah dapat dipertimbangkan mengikut harga kemampuan kebanyakkan rakyat malaysia. perubatan dihospital perlu ditingkatkan dan dipermudahkan tol perlun dikurangkan atau dihapuskan mcm di pan boneo ”

    — dzulkifli b hj taib / tentera

Selajutnya

Galeri Semasa

Koleksi Semasa video, Imej acara-acara kelolaan KPDNKK dan agensi dibawahnya.