Selasa, 23 Mei 2017 3:34 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

  
  • Bank Rakyat atau dahulunya dikenali sabagai Bank Agong Kampong Bekerjasama-sama Persekutuan Tanah Melayu Dengan Tanggongan Berhad atau Bank Agong telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948. 
  • Bagi mencerminkan identitinya sebagai sebuah bank koperasi dan memperluas skop aktivitinya, nama Bank Agong ditukar kepada Bank Kerjasama Malaysia Berhad, atau ringkasnya Bank Kerjasama pada 1967. Keanggotaan Bank kemudiannya dibuka kepada individu serta koperasi dan dengan perubahan ini Bank Kerjasama dibenarkan memperluaskan aktiviti pembiayaan kepada kedua-dua golongan tersebut. 
  • Seiring dengan perkembangan ekonomi negara, pada 1973 nama Bank Kerjasama ditukar menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat dan nama itu kekal sehingga kini. 
  • Pada 1978, Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas 1978) diwujudkan untuk membolehkan kerajaan mengawasi dan mengawal pengurusan serta pentadbiran Bank. Akta ini juga membolehkan Bank memberi pinjaman kepada bukan anggota serta anak syarikat. Dengan ini Bank juga diletak di bawah pengawasan kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengawasan sektor koperasi negara iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1990-2004) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004-2009) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (2009-kini). 
  • Pada 1993, Bank Rakyat membuat transformasi penting dengan melancarkan Sistem Perbankan Syariah di cawangan Alor Star, Kota Bharu, Jalan Ipoh dan Sungai Besar pada 1993. Inisiatif tersebut menjadikan Bank ini sebagai bank tempatan pertama yang menukar sistem perbankannya daripada sistem konvensional kepada Syariah. Pada tahun yang sama, Akta Koperasi 1993 telah dipinda dan ini membolehkan Bank Rakyat beroperasi di Sabah dan Sarawak. 
  • Satu lagi perubahan signifikan ialah Bank di letakkan di bawah pengawasan langsung Bank Negara Malaysia pada 2001 menerusi Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Pada 2003, Bank Rakyat beroperasi sepenuhnya secara Syariah apabila ia berupaya menukarkan baki aset konvensional sebanyak 1.1% kepada aset Syariah. 
  • Pelbagai inisiatif diambil Bank Rakyat dalam menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan sektor koperasi negara antaranya melalui penawaran produk mikro-kredit pada 2000 dan pengenalan sistem perniagaan francais bagi Ar-Rahnu X’change pada 2007. 

Laman web bank rakyat : http://www.banrakyat.com.my

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa