Jumaat, 24 Mac 2017 8:17 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA / (MALAYSIA COMPETITION COMMISSION)

 

Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011. Berdasarkan Seksyen 5 (1), Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri, iaitu seorang Pengerusi, empat orang anggota yang mewakili Kerajaan dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-perkara berhubungan dengan perniagaan, industri, undang-undang ekonomi atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai yang ditentukan oleh Menteri.

Pada 1 April 2011, YB Menteri telah mengumumkan pelantikan bagi Pengerusi dan anggota Suruhanjaya Persaingan Malaysia (SPM). YB Menteri telah mengumumkan bahawa Pengerusi bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Siti Norma Yaakob. Beliau merupakan mantan Hakim Besar Malaya yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang perundangan. Antara jawatan yang sedang disandang oleh beliau adalah Pro-Canselor Universiti Malaya mulai 16 Mei 2007 sehingga sekarang.

Anggota Suruhanjaya yang mewakili Kerajaan ialah:

    1. Wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
    2. Wakil Jabatan Peguam Negara
    3. Wakil Unit Perancang Ekonomi (EPU)
    4. Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bagi Anggota lain Suruhanjaya Persaingan Malaysia, mereka yang dilantik adalah seperti berikut: 

    1. Dato' Ahmad Hisham bin Kamaruddin

      Rakan kongsi serta pengasas Hisham & Associates dan Perunding Undang-undang Korporat

      Dato’ Ahmad Hisham bin Kamaruddin mempunyai lebih daripada tiga puluh tahun pengalaman undang-undang. Beliau juga menyandang jawatan Presiden Tribunal untuk Mahkamah Konsumer di Malaysia, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan mempengerusikan pendengaran perbicaraan pengguna di seluruh negara. Seorang ahli Majlis Warisan Malaysia, beliau juga terlibat secara aktif dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan di Malaysia. Berpengetahuan yang luas dalam bidang undang-undang serta merangkumi bidang-bidang seperti petrokimia, minyak dan gas, dan harta intelek, syarikat penerbangan, perbankan korporat, dan amalan buruh, memberi banyak manfaat kepada MyCC.

    2. Prof Dato’ Dr Sothi Rachagan

      Ketua Eksekutif / Naib Canselor,Perdana University

      Seorang bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di mana beliau merupakan tenaga pengajar dalam bidang undang-undang persaingan dan pengguna, dan juga bekas Presiden International Association of Consumer Law, Dato’ Sothi sangat bersemangat berkenaan isu hak pengguna. Kepakaran beliau dalam aktiviti kajian dan penyelidikan, serta analisis kukuhnya mengenai isu-isu persaingan membantu memantapkan fokus MyCC untuk menyemai persekitaran persaingan yang sihat bagi perniagaan, dan seterusnya memanfaatkan pengguna.

    3. Dato’ Dr Gan Khuan Poh

      Ahli Ekonomi dan Ahli Perunding Korporat

      Dato’ Dr Gan Khuan Poh merupakan seorang ahli ekonomi yang memiliki pengalaman lebih dari tiga dekad dalam sektor awam dan swasta, termasuklah Unit Perancang Ekonomi dan bidang akademik. Pengetahuan beliau yang meluas dalam bidang ekonomi, kewangan dan ICT adalah sangat berguna bagi Lembaga MyCC. Selain itu, kajiannya terhadap Economics of Regulation and Competition, Distribution Economics and Economic Development in Emerging Economies dijangka amat berguna.

    4. Encik Ragunath Kesavan

      Beliau merupakan seorang peguam dan mantan Presiden Majlis Peguam. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam amalan perundangan khususnya litigasi korporat. Beliau juga mempunyai kelulusan Masters in Law daripada Universiti Malaya.

    5. Dr Zakariah Abdul Rashid

      Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

      Dr Zakariah Abdul Rashid yang dahulunya merupakan Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan Ekonomi, Sekolah Pengajian Siswazah di Universiti Putra Malaysia, telah menerbitkan pelbagai artikel dan menyunting jurnal-jurnal akademik. Selain itu, beliau juga telah memberi ceramah dalam pelbagai acara seminar dan persidangan, antaranya mengenai pembangunan, ekonomi serantau, Islamik dan antarabangsa. Di samping itu, beliau telah bertindak sebagai perunding kepada pelbagai institut penyelidikan, dan memainkan peranan penting dalam berbagai-bagai projek ekonomi. Pengetahuan mendalam beliau dalam bidang Ekonomi banyak membantu MyCC ketika proses pertimbangan dan perbincangan.

Menurut Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, ahli-ahli MyCC dilantik oleh Perdana Menteri atas nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Setiap ahli berkhidmat untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula kepada Suruhanjaya selama dua penggal berturut-turut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh disalurkan kepada: 

Suruhanjaya Persaigan Malaysia / (MALAYSIA COMPETITION COMMISSION)

Level 15, Menara SSM @ Sentral, 
No.7 Jalan Stesen Sentral 5, 
Kuala Lumpur Sentral, 
50623 Kuala Lumpur
 
Tel No   :  +603 2273 2277
Fax       :  +603 2272 2293 / +603 2272 1692
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
Laman web: www.mycc.gov.my        
mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa