Jumaat, 24 Mac 2017 8:22 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

  

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia dan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. SSM terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) pada 16 April 2002 di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat 2001 [Akta 614].

Fungsi utama SSM adalah untuk mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia melalui pentadbiran undang-undang Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]. SSM adalah pembekal maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam dan sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat. SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang berterusan. SSM dalam peranannya sebagai pengawal selia korporat juga menggalakkan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik serta memacu inisiatif Tanggungjawab Korporat di kalangan komuniti korporat, khususnya PKS dengan mewujudkan kesedaran dan menggalakkan amalan perniagaan yang baik dan mampan.

SSM telah berkembang dan mempunyai 14 pejabat negeri, 4 pejabat cawangan dan 1 pusat perkhidmatan.

Selain daripada dua akta di atas, SSM juga bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:-

  • Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100]
  • Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28]
  • Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:-


- Peraturan-Peraturan Syarikat 1966.
- Pendaftaran Perniagaan Peraturan 1957.

Maklumat lanjut berhubung SSM boleh didapati di www.ssm.com.my

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa