Jumaat, 24 Mac 2017 8:22 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN AKAUN

 

PENDAHULUAN

Pelaksanaan perakaunan akruan adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi dan pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) yang akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perakaunan Akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi Kerajaan yang lebih tepat dan telus.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan perakaunan & kewangan kementerian;
  2.  
  3. Memastikan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Kementerian diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuatkuasa;
  4.  
  5. Membantu Kementerian dalam membuat keputusan yang berkesan;
  6.  
  7. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan mengikut jadual;dan
  8.  
  9. Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.

 

FUNGSI

  1. Sebagai Pejabat Perakaunan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  2.  
  3. Sebagai pusat maklumat dan pusat khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada pengurusan atasan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ);
  4.  
  5. Sebagai pelaksana sistem aplikasi Kerajaan Elektronik seperti Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) dan eTerimaan;dan
  6.  
  7. Sebagai pemantau perlaksanaan sistem eSPKB untuk memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan dan panduan kepada pengguna eSPKB dan mengawasi tahap kawalan dalaman di PTJ dengan menjalankan naziran eSPKB.
 

 

 

Bahagian Akaun
Aras 6 (Podium 1),No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.


No. Telefon : 03-8882 6569 / 6426 / 6132 / 6175
No. Faks : 03-8882 6899

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa