Jumaat, 24 Mac 2017 8:26 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN AUDIT DALAM

 

PENDAHULUAN

Bahagian Audit Dalam (Audit), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah ditubuhkan pada bulan Mac 1992. Penubuhannya adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979 dan kemudiannya diperkemaskan lagi oleh Kementerian Kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 – Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian/Jabatan dan Kerajaan Negeri. Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab bagi menentukan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan dan aktiviti yang dijalankan di Kementerian ini. Pekeliling tersebut telah ditambah baik dan diganti dengan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PS 3.1 - Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bahagian Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian. Bagi menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan, Audit telah diletakkan di bawah bidang kuasa KSU selaku Pegawai Pengawal Kementerian.


VISI

Menjadikan Bahagian Audit Dalam sebagai penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian.

 

MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada KSU ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian.

 

OBJEKTIF

Membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tabir urus.

 

FUNGSI

Unit ini bertanggungjawab bagi menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Pengauditan Prestasi. Audit Pengurusan Kewangan dijalankan untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Pengauditan Prestasi pula adalah untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Bidang tugas Unit ini adalah untuk :

 
  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian;
  2.  
  3. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  4.  
  5. Mengkaji pelaksanaan aktiviti Kementerian agar diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  6.  
  7. Mengkaji pengurusan aset dan kepentingan Kementerian agar dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  8.  
  9. Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  10.  
  11. Menjalankan fungsi audit dalam bagi Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal selia Kementerian yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998;
  12. Melaporkan hasil pengauditan kepada Ketua Setiausaha dan memastikan tindakan susulan diambil terhadap perkara yang dibangkitkan;
  13.  
  14. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha; dan
  15.  
  16. Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.
 

 

Bahagian Audit Dalam
Aras 5 (Podium 1), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Tel   :03-8882 5760
Fax  : 03-8882 5828


mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa