Selasa, 23 Mei 2017 3:33 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN INTEGRITI

 
PENDAHULUAN
 
Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 telah memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan berkaitan integriti di semua agensi awam.
 
Berikutan itu, waran perjawatan Bahagian Integriti Kementerian telah diluluskan pada 18 November 2013 dan mula beroperasi pada 1 Februari 2014. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Siasatan Gred P54 yang merupakan jawatan Kader daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

 

OBJEKTIF
 
  1. Memastikan pegawai Kementerian mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme.
  2. Membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.
 

 

FUNGSI
 
Penubuhan Bahagian Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Kementerian untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :-
 
a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
 
b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
 
c) Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
 
d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
 
e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
 
f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
 

Bahagian Integriti
No. 13, Aras 6 (Podium 1), 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 6886
Fax :03-8882 6979

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa