Selasa, 28 Mac 2017 8:45 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

 

PENDAHULUAN

Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) telah ditubuhkan pada 1 April 2002 bertujuan memartabatkan agenda Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui promosi barangan PKS sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa dan mewujudkan amalan perniagaan yang beretika. Selain itu, BPP juga menyediakan latihan kepada PKS dan memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang terlibat di sektor perdagangan pengedaran.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkat & memantapkan penyertaan PKS bumiputera dalam sektor perdagangan pengedaran;
  2.  
  3. Membantu mewujudkan peluang – peluang pasaran produk PKS di dalam dan luar negara.
  4.  
  5. Mewujudkan peluang pekerjaan di sektor perdagangan pengedaran.
  6.  
  7. Membantu meningkatkan imej kerjaya di dalam sektor peruncitan.
  8.  
  9. Memberi pengiktirafan kepada premis – premis perniagaan yang cemerlang dan beretika;dan
  10.  
  11. Menyelaras dan memantau kemajuan pelaksanaan program pemodenan dan pembangunan yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil dalam ekonomi.

 

FUNGSI

  1. Merangka, merancang dan melaksanakan program bagi meningkat dan memantapkan penyertaan PKS dalam sektor perdagangan pengedaran;
  2.  
  3. Merangka dan melaksanakan program pembangunan bagi mewujudkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil yang mantap dari segi ekonomi dan social;
  4.  
  5. Mengadakan program pengiktirafan perniagaaan bagi mendorong persekitaran daya saing perniagaan yang sihat serta mewujudkan hubungan kerjasama antara Kementerian dengan pihak industri;
  6.  
  7. Mengadakan kempen serta penandaan logo Buatan Malaysia bagi mempromosi barangan buatan tempatan di kalangan industri dan pengguna;dan
  8.  
  9. Melaksanakan pelbagai bentuk kursus/latihan/seminar kepada usahawan/bakal usahawan PKS bagi membantu meningkatkan pembangunan modal insan serta transformasi minda golongan ini.

 

Bahagian Pembangunan Perniagaan
Aras 5 (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
 
Tel  : 03-8882 5766
Fax  : 03-8882 5826
mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa