Selasa, 28 Mac 2017 8:34 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN PENGUATKUASA

 

PENDAHULUAN

Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung inflasi pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian ini distrukturkan semula untuk membentuk dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah KPDNHEP yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

MISI

Membanteras Penyelewengan Perdagangan Dalam Negeri.

MOTO

Setia Berkhidmat.

 

 BIDANG UTAMA PENGUATKUASAAN

  1. Melindungi hak harta intelek.
  2.  
  3. Membanteras penyelewengan barang-barang kawalan bersubsidi.
  4.  
  5. Melindungi hak pengguna.
  6.  
  7. Mengawalselia bekalan dan harga barangan berdasarkan kepada undang-undang serta perundangan subsidiari berikut:
  8.  

 

  • Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • Akta Sewa Beli 1967.
  • Akta Timbang dan Sukat 1972.
  • Akta Hakcipta 1987.
  • Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
  • Akta Pelindungan Pengguna 1999.
  • Akta Cakera Optik 2000.
  • Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  • Akta Perihal Dagangan 2011.
  • Akta Francais 1998.
  • Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

 

ANTARA FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASA ADALAH:

  1. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.
  2.  
  3. Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.
  4.  
  5. Melindungi hak harta intelek melalui tindakan pembanterasan kegiatan cetak rompak di bawah Akta Hakcipta 1987 dan pembanterasan kegiatan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang tiruan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
  6.  
  7. Mengawalselia pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000 dan pengeluaran label cakera optik serta penguatkuasaannya di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010.
  8.  
  9. Membanteras penyelewengan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
  10.  
  11. Mengeluarkan Surat Kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
  12.  
  13. Menstabilkan harga barang-barang perlu di pasaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  14.  
  15. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  16.  
  17. Membantu mengawalselia aktiviti Francais.
 

 

Bahagian Penguatkuasa
Aras 2 &3 (Menara), No 13, 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Tel :03-8882 6008
Fax :03-8882 6171

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa