Selasa, 28 Mac 2017 4:34 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

 

PENDAHULUAN

Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1991. Pada awal penubuhannya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Sistem Maklumat, tetapi kemudiannya ditukar kepada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Pada 15 Oktober 2008, bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi menyesuaikan skop fungsi dan tanggungjawab bahagian ini.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan ICT kepada semua bahagian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan semua pejabat cawangan kementerian di seluruh negara.

Di samping menyediakan kemudahan ICT dan membangunkan sistem aplikasi yang cekap dan berkesan, bahagian ini juga bertanggungjawab mempertingkatkan keupayaan dan penggunaan ICT dari masa ke semasa sebagai satu usaha menyokong kementerian dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.

 

OBJEKTIF

"Menjana perkhidmatan yang terbaik dan cekap melalui penggunaan ICT, merancang, membangun dan mengurus infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi kementerian dengan berkesan bagi meningkatkan tahap kecekapan kementerian dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.”

Objektif ini dibentuk selaras dengan fungsi Kementerian dan fungsi-fungsi utama bahagian ini yang merangkumi Pengurusan Sistem-sistem Aplikasi, Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan, Pengurusan Informasi Korporat dan Pengurusan Peralatan ICT.



FUNGSI

Fungsi-fungsi utama bahagian ini adalah seperti berikut:

  1. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi, multimedia dan portal KPDNKK berlandaskan Pelan Strategik Teknologi Maklumat.
  2.  
  3. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang boleh dipercayai dan selamat.
  4.  
  5. Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT.
  6.  
  7. Menyediakan Khidmat nasihat dalam bidang ICT.
 

Di samping itu, aktiviti-aktiviti dokumentasi, pentadbiran dan kewangan turut diadakan bagi memberi sokongan kepada fungsi-fungsi utama sebagaimana yang disebutkan di atas.

 

Bahagian Pengurusan Maklumat
No. 13, Level 7 (Menara),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 5655
Fax :03-8882 5669

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa