Selasa, 28 Mac 2017 8:25 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR 

 

PENGENALAN

 

Bahagian Penyelidikan dan Dasar merupakan salah satu bahagian teras di Kementerian yang bertanggungjawab menggubal, melaksana serta menyelaras dasar dan perundangan berkaitan kepenggunaan. Selain itu, bahagian ini juga berperanan dalam menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perlindungan yang terbaik kepada hak dan kepentingan pengguna.


VISI

Melahirkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan mampu melaksanakan perlindungan kendiri.


MISI

Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui penggubalan dasar kepenggunaan dan peruntukan perundangan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan-peraturan di bawahnya, kerjasama antarabangsa, pendidikan, penerbitan dan penyebaran maklumat kepenggunaan.


OBJEKTIF

 
  1. Mengkaji isu-isu kepenggunaan semasa bagi membantu pembentukan dasar kepenggunaan masa kini dan akan datang;
     
  2. Mempertingkatkan perlindungan pengguna melalui peruntukan perundangan yang jelas; dan
     
  3. Meningkatkan pendidikan dan kesedaran pengguna melalui penerbitan dan penyebaran maklumat kepenggunaan.

 

FUNGSI

 
  1. Mengkaji, melaksana dan memantau Dasar Pengguna Negara dan Pelan Induk Pengguna;
     
  2. Menyelaraskan isu-isu kepenggunaan melalui Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) dan pasukan petugas di bawahnya;
     
  3. Menyelaraskan isu-isu pengiklanan melalui Jawatankuasa Pengiklanan yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999;
     
  4. Menjalankan kerjasama serantau dalam isu-isu kepenggunaan melalui penyertaan sebagai delegasi mewakili Malaysia dalam ASEAN Committee on Consumer Protection (ACCP);
     
  5. Menjalankan kajian-kajian dan penyelidikan bagi membantu penggubalan dasar dan perundangan yang berkaitan kepenggunaan;
     
  6. Menyelaras dan melaksana program pendidikan dan kesedaran pengguna serta aktiviti penyebaran maklumat-maklumat kepenggunaan; dan
      
  7. Menguruskan penerbitan dan pengedaran bahan-bahan untuk pendidikan pengguna seperti risalah, poster dan lain-lain.

 

Bahagian Penyelidikan dan Dasar 
No. 13, Aras 4 (Menara), 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 5884
Fax : 03-8882 6860

.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa