Ahad, 30 April 2017 5:19 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI

 

PENDAHULUAN

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri terlibat dalam mengkaji dasar dan strategi berkaitan dengan pembangunan perdagangan pengedaran dalam negara. Bahagian ini juga berperanan dalam meningkatkan amalan etika perniagaan yang kompetitif dan sihat demi menjaga kepentingan pengguna.

 

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;
  2.  
  3. Meningkatkan tahap keselamatan dalam industri petroleum;
  4.  
  5. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri jualan langsung;
  6.  
  7. Mewujudkan kestabilan harga dan bekalan barang-barang perlu;
  8.  
  9. Menggalakkan penggunaan kaedah e-dagang dalam sektor perdagangan pengedaran;
  10.  
  11. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan industri cakera optik; dan
  12.  
  13. Menggalakkan perkembangan dan pembangunan industri petroleum di peringkat hiliran
 

 

FUNGSI

  1. Mengawal selia penyertaan asing dalam Sektor Perdagangan Pengedaran selaras dengan ketetapan di dalam “Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran (Pindaan) 2010;
  2.  
  3. Mengurus pengeluaran lesen jualan langsung selaras dengan peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung 1993;
  4.  
  5. Mengawal selia harga barang-barang perlu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan harga 1946;
  6.  
  7. Mengawal selia bekalan barang-barang kawalan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961;
  8.  
  9. Mengawal selia industri cakera optik selaras dengan peruntukan di bawah Akta Cakera Optik 2000;
  10.  
  11. Mengawal selia dan meningkatkan kesedaran tahap keselamatan industri petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya;
  12.  
  13. Menguruskan permohonan aktiviti mencari gali minyak mentah di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Seksyen 21 (1) dan 22];
  14.  
  15. Mengawal selia aktiviti pemasaran dan pengedaran produk petroleum di Sektor Hiliran melalui pengeluaran lesen PDA selaras dengan keperluan Seksyen 6 (3) Akta Kemajuan Petroleum 1974;
  16.  
  17. Mengurus permohonan lesen timbang dan sukat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972;
  18.  
  19. Mengawal selia pemberian diesel bersubsidi kepada Sektor Pengangkutan Darat dan Sektor Pengangkutan Penumpang di perairan sungai Sarawak dan Sabah;
  20.  
  21. Mengawal selia dan menggalakkan penggunaan e-dagang; dan
  22.  
  23. Menjalankan analisa harga, dan analisa kos pengeluaran barang-barang kawalan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
 

 

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Aras 4 (Menara), No. 13, 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 5838
Fax :03-8882 5858/5981/5941

 

 
mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa