Jumaat, 28 April 2017 8:24 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN STANDARD KEPENGGUNAAN

 

PENDAHULUAN

Unit Pembangunan Standard telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah Bahagian Hal Ehwal Pengguna. Unit ini telah dinaiktaraf pada 10 Januari 2010 sebagai Bahagian Standard Kepenggunaan (SK) yang merupakan salah satu bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Francais & Kepenggunaan (F&K).

 

Bahagian ini bertanggungjawab mengkaji, merangka, dan melaksana perundangan berkaitan standard keselamatan barang pengguna. Selain itu, Bahagian ini berperanan dalam menjalankan advokasi berkaitan standard dan keselamatan barang pengguna kepada setiap lapisan masyarakat selaras dengan Dasar Pengguna Negara (DPN).

 

 

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan peraturan/perintah berkaitan standard keselamatan barang pengguna melalui peruntukan perundangan yang jelas;
  2.  
  3. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dalam melaksanakan perundangan standard keselamatan barang pengguna ;dan
  4.  
  5. Meningkatkan perlindungan pengguna terhadap aspek keselamatan barang pengguna.
 

 

FUNGSI

  1. Mengkaji, merangka dan melaksana perundangan dan garis panduan pematuhan berhubung standard keselamatan barang pengguna bagi memastikan barang yang selamat dibekalkan di pasaran Malaysia selaras dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999 Akta 599] dan Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730];
  2.  
  3. Mengkaji dan menyelaras isu-isu, dasar-dasar baru dan cadangan semakan dasar sedia ada berkaitan standard keselamatan bagi barang pengguna untuk memastikan perlindungan pengguna yang menyeluruh mengikut keutamaan dan keperluan semasa;
  4.  
  5. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi pelaksana di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melibatkan aktiviti standardisasi, isu-isu berkaitan keselamatan barang pengguna, pelaporan insiden dan penarikan balik barang pengguna;
  6.  
  7. Mengganggotai jawatankuasa-jawatankuasa standard seperti jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa kerja di peringkat dalam dan luar negara dalam pembangunan dan mengharmonisasikan standard;
  8.  
  9. Mengurusetiakan Jawatankuasa Standard Keselamatan Barang dan Perkhidmatan (JKSBP) dan Jawatankuasa-jawatankuasa Teknikal berhubung pelaksanaan standard keselamatan mandatori dan pemantauan pasaran; dan
  10.  
  11. Menjalankan advokasi dan konsultansi berkaitan pelaksanaan perundangan dan program-program kesedaran kepada pihak berkepentingan berhubung standard dan keselamatan barang pengguna selaras dengan Amalan Peraturan Baik (GRP).


Bahagian Standard Kepenggunaan
Aras 4 (Podium 2),No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel : 03-8882 6962
Fax : 03-8882 6960

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa