Selasa, 23 Mei 2017 3:25 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

 

PENDAHULUAN

Bahagian Undang-Undang (BUU) bertanggungjawab untuk memberikan khidmat perundangan secara profesional kepada KPDNKK dan bagi memastikan aktiviti di KPDNKK dijalankan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang. 

Selain daripada khidmat perundangan, Bahagian ini juga turut memantau kertas siasatan untuk memberi izin pendakwaan, izin kompaun dan lain-lain lagi. Penyemakan terhadap dokumen perjanjian juga dibuat sebelum sesebuah kontrak itu dimasuki oleh Kerajaan. Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk menggubal undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian. 

Pada tahun 2009, bilangan kertas siasatan yang melibatkan perbicaraan kes di mahkamah telah meningkat secara mendadak. Ini adalah berikutan dengan penstrukturan semula Bahagian Undang-undang pada bulan Mei 2008 untuk mengendalikan pendakwaan. Selain daripada menjalankan perbicaraan, Bahagian ini juga mengendalikan kertas siasatan yang memerlukan izin atau pandangan Timbalan Pendakwa Raya.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan nasihat dan pandangan perundangan yang diberikan berkaitan dengan apa-apa persoalan yang berbangkit di Kementerian adalah cepat, tepat dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang bertulis.
  2.  
  3. Memastikan perjanjian dan lain-lain dokumen perundangan menepati peruntukan undang-undang untuk menjaga kepentingan Kerajaan.
  4.  
  5. Memastikan draf Rang Undang-Undang dan Perundangan Subsidiari teratur daripada segi penggubalan dan perundangan serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang bertulis.
  6.  
  7. Memastikan siasatan dan kertas siasatan lengkap dan teratur bagi tujuan pendakwaan.
  8.  
  9. Memastikan penyeliaan kes-kes sivil yang dibawa oleh dan terhadap Kementerian berjalan lancar bagi  menjaga kepentingan Kerajaan.
  10.  
  11. Mengendalikan kes-kes pendakwaan di bawah bidang kuasa Kementerian.
 

 

FUNGSI

  1. Memberi nasihat perundangan berkenaan perkara yang dirujuk oleh mana-mana Bahagian atau Agensi di bawah KPDNKK.
  2.  
  3. Menggubal atau menyemak dokumen undang-undang seperti perjanjian, memorandum persefahaman,perjanjian dua hala dan perjanjian pelbagai hala yang melibatkan Kementerian.
  4.  
  5. Menggubal atau menyemak Rang Undang-Undang atau perundangan subsidiari selaras dengan keputusan dasar yang dibuat oleh KPDNKK.
  6.  
  7. Memberi nasihat dan arahan mengenai kertas siasatan.
  8.  
  9. Mengendalikan pendakwaan.
  10.  
  11. Menyelaras dan mengendalikan kes-kes sivil yang diambil oleh dan terhadap Kementerian.
 

 

Bahagian Undang-Undang
No. 13, Aras 5 (Menara),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 5781
Fax :03-8882 5824

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa