Rabu, 26 April 2017 12:01 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN

 

PENDAHULUAN

Tribunal Rayuan Persaingan adalah satu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Akta Persaingan 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1 Januri 2012.

Tribunal Rayuan Persaingan dianggotai oleh seorang Presiden dan antara tujuh hingga dua puluh anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syo Menteri

Presiden Tribunal Rayuan Persaingan dilantik daripada seorang Hakim Mahkamah Tinggi manakala anggota-anggotanya pula adalah orang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal-ehwal pengguna. Mereka boleh dilantik menjadi Presiden atau anggota bagi tempoh tidak melebihi enam tahun.

Senarai Presiden dan anggota-anggota Tribunal Rayuan Persaingan adalah seperti berikut:

      1.  YA Datuk Hanipah binti Farikullah (Presiden)
      2. YBhg. Tan Sri Abu Talib Bin Othman
      3. YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haidar Bin Mohamed Nor
      4. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman Bin Mahbob
      5. YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Lin See Yan
      6. YBhg. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot
      7. YBhg. Dato' Haji Mohd Salleh Bin Mahmud
      8. YBhg. Dato' Bentara Luar Dato' Haji Hashim Bin Dato' Haji Yusof
      9. YBhg. Dato' Azhar @ Izhar Bin Haji Ma'ah
      10. YBhg. Datuk Dr. Pang Teck Wai
      11. YBhg. Datuk Merlyn Kasimir
      12. YBrs Dr. Wan Liza Binti Md. Amin @ Fahmy

Tribunal Rayuan Persaingan ditadbir oleh seorang Setiausaha yang dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 50 Akta Persaingan 2010.

VISI

Menjadi suatu forum penyelesaian pertikaian yang berkesan dan berintegriti berlandaskan peruntukan Akta Persaingan 2010.

MISI

Sebagai suatu tribunal khas dengan bidang kuasa eksklusif untuk mengkaji semula apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhabjaya Persaingan di bawah seksyen 35, 39, dan 40 Akta Persaingan 2010.

OBJEKTIF

  1. Tribunal Rayuan Persaingan bertekad untuk memberi keadilan kepada setiap pihak yang terlibat dalam rayuan di hadapannya. Perkara ini boleh dilihat melalui kenggotaan tribunal di mana anggota-anggotanya terdiri daripada personaliti yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang undang-undang, perdagangan, ekonomi, perakaunan dan hal ehwal pengguna
  2. Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan, tentang apa-apa perkara, hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggotanya.
  3. Suatu keputusan Tribunal Rayuan Persaingan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu; dan
  4. Suatu keputusan yang diberikan oleh Tribunal Rayuan Persaingan boleh, dengan kebenaran Mahkamah Tinggi, dikuatkuasakan dengan cara yang sama seperti suatu penghakiman atau perintah yang mempunyai kesan yang sama, dan jika kebenaran diberikan sedemikian, penghakiman boleh dimasukkan mengikut terma keputusan itu.

FUNGSI

  1. Tribunal Rayuan Persaingan adalah satu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan dengan bidang kuasa eksklusif untuk mengkaji semula apa-apa kkeputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah Seksyen 35, 39 dan 40 Akta Persaingan 2010. Dalam erti kata lain, fungsi utama Tribunal ialah mendengar rayuan daripada mana-mana pihak terhadap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Akta Persaingan 2010 memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya tersentuh oleh suatu keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah Seksyen 35, 39 atau 40 boleh merayu kepada Tribunal dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan.
  3. Tiap-tiap prosiding Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah didengar dan diselesaikan oleh tiga orang anggota Tribunal atau apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.
  4. Tribunal Rayuan Persaingan boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi hal bagi rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh:
      • meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia;
      • mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan;
      • memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia sendiri; atau
      • membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia sendiri.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tribunal Rayuan Persaingan, sila layari Portal rasmi Tribunal Rayuan Persaingan di alamat sesawang http://trp.kpdnkk.gov.my.

 

Tribunal Rayuan Persaingan
Aras 9 (Menara), No 13
Persiaran Perdana, Presint 2, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia

Tel :03-8882 6452
Fax :03-8882 6193

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa