Selasa, 28 Mac 2017 8:27 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

 

  1. Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999
  2. Objektif Utama Majlis ini adalah membincang dan menimbangkan isu-isu kepenggunaan terutamanya perkara-perkara yang termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan memberi nasihat kepada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenainya.
  3. Menurut Seksyen 73, Akta Perlindungan Pengguna 1999, YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara (NPPN) untuk menasihati beliau mengenai perkara-perkara berikut:
    1. Berkenaan dengan isu-isu pengguna dan pelaksanaan Akta ini;
    2. Penggalakan perlindungan pengguna dan kesedaran hal ehwal pengguna; dan
    3. Apa-apa perkara lain yang boleh dirujukkan kepadanya oleh YB Menteri untuk pelaksanaan wajar dan berkesan Akta ini dan bagi perlindungan pengguna
  4. Mengikut peruntukan Seksyen 74, APP 1999, keanggotaan MPPN adalah terdiri daripada Ketua Setiausaha KPDNKK atau wakilnya, 16 orang ahli lain yang mewakili kepentingan pengguna, pengilang, pembekal, pertubuhan bukan kerajaan dan anggota akademik. Tempoh pelantikan tidak melebihi dua (2) tahun dan boleh dilantik semula selepas tamat tempoh jawatannya.
  5. MPPN bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mesyuaratnya boleh diadakan di luar Kuala Lumpur dengan persetujuan KPDNKK.

 

AHLI MAJLIS PENASIHAT PENGGUNA NEGARA (MPPN) SESI 2014-2016

 

Bil. 

Nama 

Organisasi 

Sektor 

Jawatan Dalam MPPN

1. 

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ahli Akademik

Pengerusi

2.

YBrs. Prof. Dr. Laily Paim

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia

Ahli Akademik

Timbalan Pengerusi I

3.

YBrs. Dr. Yeah Kim Leng

Dean, School of Business Malaysia University of Science and Technology (MUST)

Ahli Akademik

Timbalan Pengerusi II

4.

YBhg. Dato' Sri Jamil bin Salleh

Ketua Setiausaha, KPDNKK

Kerajaan

Ahli

5.

 YBhg. Datu Haji Salleh bin Haji Sulaiman

Presiden, Persatuan Pengguna Negeri Sarawak

 NGO Pengguna

 Ahli

6.

YBhg. Dato' Kwok Teng Toong

President Malaysian Retailers - Chain Association (MCRA)

Industri

Ahli

7.

YBhg. Dato' Baharum Mahusin

Ketua Editor Akhbar Kosmo

Industri

Ahli

8.

YBhg. Datin Junaidah Mohamed

Pengerusi Perdasama Wanita Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia

Industri

Ahli

9.

YBrs. Prof. Dr. Syed Abdul Hamid AlJunid

Head Economics and Governance Department of The International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)

Ahli Akademik

Ahli

10.

Pn. Chuah Mei Lin

Executive Director, Association of Banks in Malaysia

Industri

Ahli

11.

Tn. Haji Mohd Azmi Abd Hamid

Ketua Bahagian Pendidikan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

NGO Pengguna

Ahli

12.

En. Abdul Rahman Bin Samad

Pengerusi, Pertubuhan Pembimbing Kewangan Pengguna dan Keluarga Malaysia (KPM)

NGO Pengguna

Ahli

13.

En. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC)

NGO Pengguna

Ahli

14.

En. Mohd Yusof bin Abdul Rahman

Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

NGO Pengguna

Ahli

15.

YBhg. Datuk Azih bin Muda

Presiden Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services Malaysia (CUEPACS)

NGO Pengguna

Ahli

16.

Encik James Baga@Bagah>

Presiden, Consumer Affairs and Protection Society of Sabah (CAPS)

NGO Pengguna

Ahli

17.

Encik Muhammad Razlan Hj. Ismail

Pengarah Urusan, Dream Arts Picture Sdn Bhd

Industri

Ahli

 

Urusetia Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)

Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan
 Aras 4 (Menara), No 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.

Tel :03-8882 6556
Fax :03-8882 6860 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa