Jumaat, 24 Mac 2017 8:21 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

 

AKRAB

PENGENALAN

AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 18/2005.


AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.


AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi.

AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Image Gallery1
 

VISI

Menjadikan akrab sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia

MISI

1. melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga KPDNKK;

2. membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;

3.berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan

4.mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi tujuan memudahkan lagi pelaksanaan aktiviti AKRAB.

 

Image Gallery10
 

 

RASIONAL

Rakan Sekerja merupakan faktor terpenting dalam usaha mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dengan mengambil kira faktor-faktor di bawah:

 

i. Pegawai rasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka;

ii.Pegawai lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada mereka;

iii.Pegawai dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka; dan

iv. Nilai dan struktur hubungan dalam organisasi akan jadi bertambah baik dengan adanya hubungan kemanusiaan dan persaudaraan.

 

PERANAN

i.Membantu dan mengembang serta mengukuhkan budaya kerja cemerlang;

ii.Mengukuhkan nilai kendiri;

iii.Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;

iv.Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;

v.Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;

vi.Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan

vii.Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan.

 

Program dan Aktiviti AKRAB KPDNKK Tahun 2014

1. PROGRAM ESPRIT DE CORP, TOK BALI, KELANTAN (8-10 APRIL 2014)

Akrab 1 1 2014

Akrab 1 2 2014

Akrab 1 3 2014

Akrab 1 4 2014

 

 

 

2.. SPIRITUAL NEURO-LINGUISTICS PROGRAMME Felda Residence, Terengganu (16-18 Jun 2014)

Akrab 3 1 2014

Akrab 3 2 2014

Akrab 3 3 2014

Akrab 3 4 2014

Akrab 3 5 2014

 

 

Program dan Aktiviti AKRAB KPDNKK Tahun 2015

1. Transformasi Minda dan Kecergasan 1-3 April 2015

Akrab 1 1 2015

Akrab 1 2 2015

 

CARTA ORGANISASI AKRAB KPDNKK

klik di sini

 

SENARAI TERKINI AKRAB KPDNKK

Klik di sini

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa