Jumaat, 24 Mac 2017 8:20 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM PEMBANGUNAN GERAKAN KEPENGGUNAAN

 

Skuad Pengguna

SKUAD PENGGUNA

SKUAD PENGGUNA dahulunya dikenali Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) (2001-2006).  Dikenali pula dengan nama RAKAN PENGGUNA (2006 – 2011) dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.

Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai SKUAD PENGGUNA dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara. Selain itu, keahlian skuad pengguna ini dikembangkan dengan kerjasama dari NGO kepenggunaan dan NGO bukan kepenggunaan persatuan perniagaan dan orang awam. Sinergi ini amat penting dalam usaha mewujudkan satu gerakan kepenggunaan yang bersepadu dan jitu yang memperjuangkan hak-hak pengguna. Segala maklumat / info, promosi terkini serta pendaftaran ahli Skuad Pengguna secara online  terdapat di Portal SP yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/sp

 

MAJLIS GERAKAN PENGGUNA KEBANGSAAN (MGPK)

Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) dipengerusikan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan dianggotai oleh semua Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) yang terdiri daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri dan Pengerusi Bersama yang terdiri daripada Ahli Persatuan Pengguna atau individu berkelayakan. Objektif MGPK ialah untuk menimbang isu-isu kepenggunaan, menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti  kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah serta berperanan sebagai badan perantaraaan (liason) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam bidang kepenggunaan.

 

GERAKAN PENGGUNA NEGERI (GPN)

Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) iaitu Pengarah Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dianggotai oleh Pengerusi Bersama dan wakil-wakil dari persatuan pengguna, perwakilan dari badan-badan perniagaan Negeri, Agensi-Agensi Kerajaan diperingkat Negeri dan Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah (GPD). GPN ditubuhkan untuk menyediakan satu forum rasmi bagi membincang dan mengatasi permasalahan pengguna di peringkat negeri.  Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk memberi perhatian kepada lebih ramai penduduk khasnya di peringkat negeri dan daerah yang pada masa ini kekurangan saluran untuk menyuarakan kemusykilan mereka. Dengan  adanya GPN, Kementerian telah mewujudkan satu saluran membolehkan semua pihak untuk sama-sama membincang dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pengguna.

 

GERAKAN PENGGUNA DAERAH (GPD)

Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pengerusi bersama terdiri dari GPD yang dilantik, serta keanggotaan oleh wakil persatuan pengguna peringkat daerah,  perwakilan dari badan-badan perniagaan setempat, Agensi-Agensi Kerajaan peringkat daerah, serta individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan. Tugas-tugas GPD merangkumi perkara-perkara berikut  :-

i.     Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah;

ii.    Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan;

iii.   Membantu, menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah

iv.    Membantu menggerakkan Skuad Pengguna

v.     Membantu dalam program/aktiviti Anjuran KPDNKK Negeri dan cawangan

 

PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN PENGGUNA

KPDNKK juga sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti persatuan atau pertubuhan pengguna diperingkat daerah dan negeri. Selain itu, KPDNKK juga menjalinkan kerjasama yang erat dengan persatuan / pertubuhan pengguna dalam melaksanakan program-program pendidikan pengguna di seluruh negara. Perkara ini selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan kerjasama tiga peringkat antara Kerajaan, badan bukan kerajaan dan pengguna di mana Kementerian bertindak sebagai pemudahcara dalam sebarang isu berkaitan.

 

PEMBANTU HAL EHWAL PENGGUNA DAERAH (PHEPD)

KPDNKK telah memperkenalkan program PHEPD pada 1 Mei 2007 yang merupakan satu usaha Kementerian membantu meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepenggunaan di kalangan masyarakat khususnya di kawasan-kawasan parlimen. Program ini bertujuan membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti kepenggunaan Kementerian dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dan Gerakan Pengguna Daerah (GPD). Antara bidang tugas PHEPD adalah:

a.Membantu Kementerian melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan dikawasan masing-masing,

b.Memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat sebarang aduan berkaitan dengan kepenggunaan.

c.Membantu menyebarkan maklumat berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat setempat.

 

PROGRAM KEPENGGUNAAN LUAR BANDAR

Program Luar Bandar merupakan satu lagi inisiatif KPDNKK yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran kepenggunaan di kalangan rakyat khususnya bagi masyarakat luar bandar. Masyarakat luar Bandar yang tidak mempunyai pengetahuan kepenggunaan adalah sangat terdedah dengan taktik penipuan dan penyelewengan. Program Kepenggunaan Luar Bandar memberi pendedahan, kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan kepada masyarakat luar bandar.
 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa