Jumaat, 24 Mac 2017 8:28 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA

 

Gps

GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)

Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat  yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan. Segala maklumat lanjut terdapat di Portal GPS yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/gps

 

Kelab

KELAB PENGGUNA SEKOLAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatkan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu:

  • Perbelanjaan berhemah
     
  • Pemakanan seimbang
     
  • Pemeliharaan alam sekitar

Antara program yang dijalankan ialah ceramah kepenggunaan, pameran kepenggunaan, demonstrasi kepenggunaan, lawatan sambil belajar, latihan jurulatih kepenggunaan, projek kitar semula, kem KPS, pertandingan sudut pengguna serta Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS).

 

Kad

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)

KADS1M diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pelajar IPT seluruh negara. Dalam melaksanakan inisiatif KADS1M ini, kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan dan merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi syarikat-syarikat yang memberikan diskaun serta Bank Rakyat yang mengeluarkan kad berkenaan.Diskaun 2% hingga 60% bagi barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.Segala maklumat / info, promosi terkini terdapat di Portal KADS1M yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/kads1m

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa