Rabu, 26 April 2017 12:13 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA

 

PENGENALAN

 

Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Pelaksanaan kempen ini melibatkan dua pendekatan utama iaitu melalui kempen kesedaran di media massa dan media sosial, serta pelaksanaan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia.

 

OBJEKTIF

 

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia;
  • Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan (domestic consumption);
  • Membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasaran dengan meningkatkan permintaan tempatan; dan
  • Mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

DEFINISI “BARANGAN MALAYSIA”

 

Definisi Barangan Malaysian untuk tujuan kempen ini adalah “produk mestilah dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan / kandungan tempatan dan produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity)”.


mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa