Selasa, 23 Mei 2017 3:32 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

TUJUAN

        Friends of KPDNKK diwujudkan sebagai satu platform bagi menghimpunkan pengguna di Malaysia dalam satu-satu acara bagi tujuan penyebaran maklumat, perkongsian ilmu dan perkara-perkara yang bersifat kepenggunaan.

 

FAEDAH MENJADI AHLI

  1. Menerima jemputan khas daripada KPDNKK untuk menyertai aktiviti/program anjuran KPDNKK dan agensi-gensi di bawahnya;
  2. Secara automatik menjadi ahli Skuad Pengguna dan boleh menikmati pelbagai faedah ahli seperti mendapat diskaun di merchant-merchant terpilih;
  3. Berurusan dengan mudah di kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyediakan fast lane untuk ahli Friends of KPDNKK

 

BIDANG TUGAS FRIENDS OF KPDNKK

  1. Menjadi mata dan telinga KPDNKK terutama mengenai isu harga barang;
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai isu-isu dan masalah kepenggunaan di kawasan Parlimen;
  3. Membantu KPDNKK dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di kawasan Parlimen;
  4. Menyertai road show atau pembukaan booth di kawasan Parlimen dan membantu menyebarkan risalah, poster, buku-buku serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan kepenggunaan kepada masyarakat setempat;
  5. Memberi panduan dan membantu ahli masyarakat untuk membuat aduan berkaitan kepenggunaan kepada pihak kementerian;
  6. Bekerjasama dengan ahli Skuad Pengguna dan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah (PHEPD) di kawasan Parlimen dan Dun dalam melaksanakan program-program dan aktiviti pemantauan;
  7. Membantu mendapatkan penyertaan ahli masyarakat bagi program-program anjuran KPDNKK;
  8. Menjalinkan hubungan dengan pemimpin masyarakat seperti Penghulu dan Ketua Kampung bagi mendapatkan isu-isu kepenggunaan semasa; dan
  9. Melaporkan trend harga di kawasan setempat.

 

Terma dan Syarat Keahlian

Borang Keahlian

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa