Selasa, 28 Mac 2017 8:41 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROSEDUR PEMFAILAN DAN PENDAFTARAN

 

Secara ringkasnya, prosedur pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti berikut :-

  • Semua tuntutan hendaklah dibuat dalam  Borang 1, yang boleh didapati secara percuma dari mana-mana pejabat Tribunal yang terdekat;

  • Pihak yang menuntut hendaklah mengisi 4 salinan Borang 1 dan kemudian memfailkannya di pejabat Tribunal yang terdekat dengan bayaran fi pemfailan sebanyak RM5.00;

  • Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Tribunal dan dimeterai dengan meterai Tribunal. Dua salinan Borang 1 yang telah mempunyai meterai Tribunal akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk serahan ke atas Penentang.

  • Penyerahan Borang 1 kepada seorang penentang boleh dibuat dengan cara-cara berikut :-
    1. Jika penentang seorang individu :
    2. meninggalkan dokumen itu dengan orang itu; atau
    3. memberikan dokumen itu kepada orang itu; atau
    4. mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau di alamatnya yang terakhir yang diketahui.

  • Jika penentang suatu Syarikat atau Firma:
    1. Meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu atau tuanpunya firma itu; 
    2. Memberikan dokumen itu kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas; atau 
    3. Mengeposkan dokumen itu dalam suatu berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas di pejabat berdaftar syarikat atau firma itu atau di alamat penyerahannya. 

  • Penentang yang menerima Borang 1 yang dimeterai daripada pihak yang menuntut hendaklah, mempertikaikan tuntutan itu, memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal; 

  • Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1;

  • Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang;

  • Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk serahan  satu salinan kepada pihak yang menuntut.

  • Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (jika ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat Tribunal;

  • Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan bagi Borang 3.

  • Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal dan 2 salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Pihak Yang Menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang.


Perhatian:

  • Panduan/Senarai Semakan mengenai cara pengisian Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati daripada Pejabat Tribunal.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa