Ahad, 30 April 2017 5:30 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

TATACARA PENDENGARAN

 

  • Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah memberikan notis tentang butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalam Borang 4 kepada pihak yang menuntut dan penentang tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

 

  • Tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara semasa pendengaran di Tribunal.

 

  • Jika Pihak Yang Menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.

 

  • Jika pihak Penentang adalah sebuah firma atau syarikat ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.

 

  • Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.

 

  • Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu  kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.

 

  • Semasa pendengaran kedua-dua pihak berhak untuk  mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.

 

  • Semua pendengaran di Tribunal terbuka kepada orang ramai.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa