Ahad, 30 April 2017 5:27 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

DIESEL BERSUBSIDI (FLEET CARD)

 

A. Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi

SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI (SKDS)

Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi Menggunakan ‘Multiple Fleetcard' bagi permohonan baru, tambahan kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari website :

mysubsidi.kpdnkk.gov.my

JENIS-JENIS KENDERAAN YANG LAYAK MENERIMA SUBSIDI

1
Bas Sekolah
7
Teksi
2
Bas Ekspres
8
Van Mayat
3
Bas Berhenti-henti
9
Lori Mayat
4
Bas Mini
10
Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
5
Bas Pengantara
11
Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
6
Kereta Sewa
 
 

 

bus bus express bus berhnti bus mini
BAS SEKOLAH
BAS EKSPRES
BAS BERHENTI-HENTI BAS MINI
bus perantara krta sewa teksi van mayat
BAS PENGANTARA KERETA SEWA TEKSI VAN MAYAT
lori mayat ambulans bomba
LORI MAYAT AMBULANS BOMBA  

 

B. Syarat Kelayakan Permohonan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDNKK.
  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. 'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDNKK
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
      • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
      • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDNKK.
      • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDNKK sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
      • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDNKK.
      • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
      • KPDNKK berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang
      • subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas. 

5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari website :-

           mysubsidi.kpdnkk.gov.my

6. Permohonan tambahan kuota :-

 

Permohonan tambah kuota boleh dibuat dengan mengisi dan menghantar permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) seperti alamat di bawah. Untuk makluman, permohonan tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) untuk kelulusan.

 

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

Pengerusi

Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,

Aras 4 (Podium 1), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan,

No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62623 Putrajaya, Malaysia.

 

Pegawai yang boleh dihubungi :

Cik Noorazah Binti Abd. Aziz

Tel     : 03-8882 5931

Emel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa