Selasa, 23 Mei 2017 3:28 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN PKS 2017: “ROADMAP TO HYPERMARKET

Program Latihan Keusahawanan PKS : “Roadmap to Hypermarket”  dahulunya dikenali sebagai Program Latihan Keusahawanan Peruncitan adalah merupakan kursus yang bersesuaian dengan matlamat memasarkan produk PKS ke hypermarket tempatan serta asing di Malaysia.

Program-program pembangunan modal insan di bawah latihan keusahawanan PKS: “Roadmap to Hypermarket” ini tertumpu kepada usaha bagi mengenalpasti potensi usahawan PKS dengan produk yang boleh dikembangkan ke hypermarket asing di negara seperti Aeon Co., Aeon Big, Tesco dan Giant selain Mydin. Hasrat ini diterjemah melalui tawaran latihan berbentuk kursus jangka masa singkat (kurang dari 4 hari) bertujuan memperkukuhkan modal insan serta meningkatkan kecekapan dan kompetensi bidang keusahawanan.

 Tiga (3) bidang utama latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

         i.            Pembangunan dan Pengukuhan Produk

       ii.            Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan

      iii.            Transformasi Pemasaran dan Binaan Rangkaian Kerjasama.

Program ini juga menumpukan kepada tiga (3) fokus utama iaitu kesedaran (awareness), penerangan (explanation) dan didikan (education) yang digubal secara theoritical dan hands-on mengikut kesesuaian jenis kursus, latar belakang peserta (usahawan) dan keperluan dalam perniagaan. Bagi memastikan setiap peserta menerima manfaat yang maksimum, bilangan peserta bagi setiap program adalah tidak melebihi 40 orang bagi kursus spesifik manakala, bilangan maksimum bagi sesi seminar/”pocket-talk” tidak melebihi 150 orang.

Latihan keusahawanan juga digerakkan melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi di bawah kementerian seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Akademi PNS dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam menawarkan latihan serta input yang dapat mendorong usahawan memperkukuhkan lagi produktiviti keusahawanan masing-masing.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada peserta dalam bentuk peningkatan kemahiran dan pendedahan pengalaman dunia perniagaan semasa. Ia juga dijangka dapat membantu para usahawan dalam mempersiapkan diri/produk masing-masing supaya ianya bersifat daya upaya, mampu bersaing dan inovatif dalam pasaran.

 

 A. OBJEKTIF

  • Memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan);

  • Meningkatkan produktiviti PKS dan industri melalui  penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih komprehensif dan praktikal, berilmu serta berpengetahuan dalam menetapkan hala tuju perniagaan dan menyumbang kepada pencapaian matlamat yang telah digariskan dalam Program Transformasi Ekonomi; dan

  • Melahirkan usahawan PKS yang lebih dinamik, bukan sahaja ke arah peningkatan kemajuan perniagaan semata-mata tetapi juga memupuk nilai etika dan moral yang mampu mengimbangi orientasi keuntungan dan kebajikan pelanggan/ pengguna.

 

B. SYARAT PENYERTAAN

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

  • Berdaftar sebagai PKS KPDNKK (Keutamaan)

  • Mempunyai produk/ perkhidmatan sedia ada di pasaran, baru atau bakal dipasarkan/lancarkan

  • Komited dan berdisplin untuk maju dalam perniagaan

 

 C. SASARAN PESERTA

  • Program dikhususkan kepada usahawan PKS Mikro, Kecil dan Sederhana / PKS yang telah berkecimpung dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

 

D. TEMPOH KURSUS

  • Tertakluk kepada modul kursus yang ditawarkan

 

E. YURAN PENYERTAAN

  • Percuma

 

F. LOGISTIK

  • Makan Minum dan Penginapan Disediakan

     (Tidak Termasuk Kos Pengangkutan dan Lain-Lain Kos)

 

G. TAKWIM LATIHAN KEUSAHAWANAN PERUNCITAN BAGI TAHUN 2016

 

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada:-

Pengarah

Bahagian Pembangunan Perniagaan,

Aras 5 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),

No.13, Persiaran Perdana, Presint 2,

62623 Putrajaya, Malaysia.

(u.p.: Unit Pembangunan Modal Insan Keusahawanan)

 

Tel       : 03-8882 5768/ 6972/ 6185

Faks     : 03-8882 5826

Emel    :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa