Ahad, 30 April 2017 5:19 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun 2012 mengambil maklum dengan penubuhan Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan (M3PK) dan Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri (M3PN) berikutan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 27 Mei 2012 yang memberi tanggungjawab kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil seluruh negara.

 

OBJEKTIF

  • Forum rasmi dalam usaha mewujudkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil yang mantap dari segi ekonomi dan sosial termasuk menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil;
  • Menyelaras pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat pusat dan negeri; dan
  • Badan perantaraan (liaison) di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil di seluruh negara.

 

FUNGSI

Majlis perunding ini berperanan seperti berikut:

  • Menjadi forum untuk menyalurkan input dalam merancang, dan menggubal dasar, strategi, program dan aktiviti yang sesuai bagi membangunkan sektor penjaja dan peniaga kecil;
  • Mengesyorkan inisiatif dan program pembangunan penjaja dan peniaga kecil; dan
  • Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil serta badan bukan kerajaan bagi memastikan dasar dan garis panduan dilaksanakan secara berkesan.

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa