Ahad, 30 April 2017 5:14 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (PEMBIAYAAN MIKRO MPPK)

 

Pengenalan

Skim Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (Pembiayaan Mikro-i MPPK) diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat kepada Penjaja dan Peniaga Kecil untuk membantu menaik taraf perniagaan melalui pembiayaan tanpa faedah.

Koperasi Simpanan dan Kredit Bersatu Malaysia Berhad (Koperasi Simpanan) bagi pembiayaan konvensional. Ia bertujuan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil menaik taraf perniagaan melalui pembiayaan tanpa faedah.

 

Ciri-Ciri Skim

Tujuan Pembiayaan:-

  • Pembiayaan tanpa faedah, tanpa penjamin dan tanpa cagaran.
  • Modal kerja/modal pusingan (working capital) untuk menaiktaraf perniagaan yang sedia ada.
  • Pembelian peralatan atau aset yang berkaitan secara langsung dengan jenis perniagaan yang sedang dijalankan.
  • Permohonan diproses dalam tempoh 30 hari.
  • Bayaran melalui potongan akaun simpanan/cek tertangguh/tunai.
  • Cara bayaran ansuran secara mingguan/bulanan.

 

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Tidak muflis.
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterprise secara sepenuh masa.
  • Tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih berjalan di mana-mana bank/agensi. Bagi pelanggan yang telah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan mikro di mana-mana bank/agensi, adalah layak memohon pembiayaan mikro di bawah program ini.
  • Menjadi ahli persatuan yang berdaftar.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah.

 

Langkah / Cara Membuat Permohonan oleh Pelanggan

1.1. Bagi Bank Rakyat, melengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi melalui : -

    1.1.1. Borang Permohonan MIKRO-i PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (MPPK)

    1.1.2. Cawangan Bank Rakyat yang berhampiran

 

1.2. Bagi Koperasi Simpanan, melengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi melalui :

     1.2.1. Koperasi Simpanan

 

1.3. Dokumen-dokumen yang diperlukan : - 

Perkara Umum

Dokumen

i

Bank Rakyat

 

  • Borang Permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pelanggan yang disahkan
  • Lesen / Permit / Daftar Perniagaan oleh SSM / PBT
  • Surat sokongan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (Pengerusi/ YDP/ Timbalan Pengerusi/ Setiausaha/ Ketua Cawangan) atau pemimpin masyarakat(JKKKK/ JKKKP/ Pegawai Daerah/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Tok Batin)
  • 3 bulan penyata akaun bank, sekiranya berkenaan
  • Surat Pengakuan Pelanggan bagi mengesahkan pelanggan tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih aktif
 
 
 
 

ii

Koperasi Simpanan

 

  • Borang Permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan Pelanggan
  • Lesen/ Permit /Daftar Perniagaan oleh SSM/ PBT
  • Maklumat akaun bank
 
 

 

1.4.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang lengkap perlu dimajukan terus ke Cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau Koperasi Simpanan, di mana berkenaan.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa