Selasa, 23 Mei 2017 3:34 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PENGIKTIRAFAN LOGO BUATAN MALAYSIA

 

buatan-malaysia

PENGENALAN
 
Penandaan logo Buatan Malaysia oleh industri telah bermula semenjak tahun 1997 sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan rakyat mengutamakan barangan Malaysia, berikutan kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara pada waktu itu. KPDNHEP pada masa itu, telah dilantik sebagai urusetia "Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia”. Ia merupakan salah satu komponen pendekatan kempen penandaan logo Buatan Malaysia oleh pihak industri.
 
 

DEFINISI PRODUK BUATAN MALAYSIA

 
Barang-barang
 
Apa-apa barang, benda, bahan, atau perkhidmatan yang dihasilkan akibat daripada mana-mana aktiviti pembuatan dan termasuk pelbagai produk.
 
Buatan Malaysia
 
  • Bagi barang tersedia bungkus (pre-packed) ertinya barang yang pada pembalut,beg atau bekasnya, telah dinyatakan nama dan alamat pekilangnya di Malaysia; dan 
  • Bagi barang lain selain daripada yg tersedia bungkus, ertinya barang yang dibuat, dipasang, diubahsuai dan termasuk barang-barang yang telah melalui proses terakhirnya di Malaysia. Proses akhir adalah terdapat transformasi daripada bahan separuh proses kepada barangan siap. 

 

Bukan Buatan Malaysia
 
  • Barang-barang yang di import dengan kuantiti yang besar (bulk) dan kemudiannya dibungkus dan dijual di negara ini. 
  • Barang-barang yang diimpot secara “semi knocked down parts” yang dipasang (assembled) di sini dan dijual di negara ini. 
 
 

TUJUAN

 
Penandaan Logo Buatan Malaysia ini merupakan satu pengiktirafan bagi penentuan bahawa produk yang dihasilkan adalah dibuat di Malaysia (country of origin).
 

OBJEKTIF

 
Penandaan logo ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu. 
    1. Menggalakkan penggunaan barangan Buatan Malaysia dalam negara serta mengurangkan pengimportan barangan asing dalam negara; 
    2. Mengubah persepsi dan sikap rakyat Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia agar lebih yakin bahawa barangan buatan tempatan mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan yang diimpot;
    3. Mengawal kadar inflasi di negara dengan mengelakkan inflasi import melalui barangan yang diimport; dan 
    4. Membantu usaha Kerajaan menstabilkan harga barang pada paras harga yang munasabah serta mengurangkan inflasi;  
 

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TERPAKAI

 
Pengeluaran surat kelulusan penandaan ini serta logo ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].
 
 
KATEGORI PENANDAAN LOGO 
    1. Sektor Pembuatan (manufacturing);
    2. Sektor ICT (perkakasan), dan 
    3. Sektor-sektor lain yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa. 
 

PEMOHON YANG LAYAK

 
Pengilang yang ditakrifkan di bawah Industrial Co-ordination Act 1975 [Akta 1975]
Means a person who is engaged in any manufacturing activity” 
 
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 
 
  1. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan badan-badan berdaftar yang lain.
  2. Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Mempunyai lesen mengilang (sekiranya berkaitan). 
  4. Produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity).
  5. Produk mestilah dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan / kandungan tempatan.
  6. Syarikat digalakkan untuk mendapatkan pendaftaran bagi Harta Intelek daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.  
 
 
TEMPOH PERMOHONAN 
 
Surat kelulusan Penandaan Logo Buatan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja.
 
 
YURAN/ FI PERMOHONAN 
 
Tiada sebarang yuran/ fi permohonan yang dikenakan kepada permohonan penandaan logo barangan buatan Malaysia. 
 
 
TEMPOH SAH KELULUSAN 
 
Tiada penetapan tempoh sah pemakaian Logo Buatan Malaysia buat masa ini. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan kepada kelulusan terdahulu, permohonan baru hendaklah dikemukakan semula.
 
 
TATACARA PERMOHONAN
 
Sila dapatkan borang permohonan serta Lampiran A1 dan Lampiran A2 dan hantarkan kepada :
 
Pengarah
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Aras 5(Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia
 
Tel      : 03 - 8882 5768/ 6931 / 7013 / 6185 
Faks   : 03 - 8882 5826 / 6334
mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa