Selasa, 23 Mei 2017 3:28 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

LATAR BELAKANG

Program 1Malaysia Micro Entrepreneur (1MME) merupakan salah satu program Quick Win 2015 yang dipersetujui dalam Inisiatif Stategik Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2015 – 2020 untuk membentuk kerjasama strategik dengan PNS Academy khusus untuk agenda pembangunan penjaja dan peniaga kecil (micropreneur). Program lima (5) tahun ini mensasarkan penyertaan daripada penjaja dan peniaga kecil yang telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan penjaja dan peniaga kecil serta PNS Academy.

 

OBJEKTIF

  • Membantu menggerakkan transformasi minda serta kemajuan diri penjaja dan peniaga kecil;
  • Membantu memastikan penjaja dan peniaga kecil menjalani proses pembelajaran yang berterusan (theory) serta boleh menggunapakai (practice) apa yang telah dipelajari;
  • Meningkatkan daya saing penjaja dan peniaga kecil; dan
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada penjaja dan peniaga kecil mengenai kepentingan inovasi serta strategi perniagaan.

 

PELAKSANAAN 1MME 2015

Pada tahun 2015, Program 1MME telah dilaksanakan mengikut zon yang ditetapkan dengan penyertaan seramai 234 orang penjaja dan peniaga kecil seluruh zon.

 

Pelaksanaan 1MME Mengikut Zon

ZON NEGERI PESERTA
Utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 30
Tengah Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan 26
Selatan Melaka dan Johor 14
Timur Kelantan, Terengganu dan Pahang 30
Sabah Sabah (termasuk Labuan) 40
Sarawak Sarawak 34
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya 60
Jumlah 234

 

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa