Selasa, 23 Mei 2017 3:23 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM 1MALAYSIA MOBILE HAWKERS (1MMH)

 

LATAR BELAKANG

1MMH merupakan satu lagi inisiatif KPDNKK untuk mengubah lanskap dan membangunkan komuniti penjaja dan peniaga kecil di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 10. Ia bertujuan untuk membantu peserta yang terlibat memasarkan produk jualan secara bergerak dan dikumpulkan di satu tempat yang dikhaskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi tahun 2016, 1MMH dilaksanakan secara projek perintis di Putrajaya dengan penglibatan sepuluh (10) orang peserta di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya.

 

OBJEKTIF

      1. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang menarik dan kompetitif;
      2. Menyediakan tapak perniagaan yang kemas dan teratur;
      3. Meluaskan pasaran produk yang diniagakan;
      4. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup ekonomi peserta; dan
      5. Menggalakkan penglibatan kumpulan sasar menyertai bidang perniagaan.

 

CIRI-CIRI

        1. Kenderaan peserta berkonsepkan trak makanan moden (food truck) dan beroperasi di dalam kenderaan menepati standard / keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
        2. Memaparkan logo program 1Malaysia Mobile Hawkers (1MMH) dan jenama perniagaan peserta; dan
        3. Memaparkan menu dan tanda harga.

     

     

    mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa