Ahad, 30 April 2017 5:18 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

RUKUN NIAGA MALAYSIA

 

Pengenalan

Rukun Niaga Malaysia (The Malaysian Business Code of Ethics) merupakan satu kod etika perniagaan yang berasaskan kepada nilai-nilai agama, falsafah dan budaya rakyat di negara ini. Penggubalan Rukun Niaga Malaysia ini berlandaskan kepada ajaran agama, falsafah dan tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Ianya merupakan satu usaha Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan untuk menyemarakkan disiplin diri atau 'self regulation' di kalangan masyarakat peniaga di Malaysia.

Objektif

Tujuan Rukun Niaga ini digubal adalah: -

  • Untuk menyediakan prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai, dihayati dan diamalkan oleh semua peniaga demi kesejahteraan pengguna dan juga peniaga.
  • Membantu para peniaga mengamalkan standard etika perniagaan yang tinggi di kalangan mereka supaya kepentingan semua pihak terjamin demi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
  • Melambangkan nilai-nilai murni sejagat yang dihasilkan daripada pegangan dan kepercayaan pelbagai agama, falsafah dan budaya di Malaysia.

 

Prinsip Rukun Niaga Malaysia

Bagi maksud tersebut, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah mewujudkan enam (6) Prinsip Rukun Niaga Malaysia seperti berikut: -

  • Berlaku Benar Dalam Perniagaan
    Perilaku peniaga menuju kepada perkara-perkara benar termasuk niat dan aqad jual-beli, pemikiran, perbuatan dan pertuturan.
    Contoh: Peniaga tidak harus sengaja menyembunyikan kecacatan yang ada pada keluaran semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sama juga keadaannya apabila dengan sengaja memanipulasikan bekalan sesuatu barangan bagi tujuan untuk meningkatkan harga.
  • Bertanggungjawab Kepada Pelanggan, Masyarakat Dan Persekitaran
    Bertanggungjawab terhadap pelanggan, masyarakat dan persekitaran dalam sebarang tingkahlaku dan keputusan yang diambil.
    Contoh: Menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Sayugia, segala barangan atau perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran atau perkhidmatan yang diberi tidak menjejaskan kepentingan masyarakat dan persekitaran.
  • Berperikemanusian Kepada Semua Insan
    Mempunyai perasaan kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia, lemah lembut, pemurah dan saling membantu. Tingkahlaku dan keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan kepentingan semua pihak dan bukan kepentingan perniagaan itu sahaja.
    Contoh: Sekiranya seorang pelanggan telah membuat kesilapan semasa pembeliannya, dan ingin menukarkan sama ada dalam bentuk barangan lain atau mendapatkan kembali wangnya, peniaga harus bersetuju demi tanggungjawab sosial terhadap semua insan.
  • Kesederhanaan Tingkah Laku Dalam Perniagaan
    Mengamalkan sifat rendah diri, tidak bermegah-megah, tidak sombong, tidak keterlaluan, tidak tamak dan tidak berjimat cermat daripada segala segi.
    Contoh: Seseorang peniaga yang berjaya tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya masih sanggup bersikap timbang rasa serta memberi sumbangan dan sokongan kepada mereka yang memerlukannya.
  • Saksama Terhadap Pelanggan
    Tindakan yang diambil tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, layanan sama rata tanpa mengira kaum, kelas atau darjat dan tidak berat sebelah.
    Contoh: Seseorang peniaga sepatutnya tidak membezakan antara pelanggan, sama ada orang kenamaan atau rakyat biasa di dalam urusan perniagaan mereka, kerana wang itu adalah sama nilainya.
  • Kesungguhan Menjayakan Perniagaan
    Membuat sesuatu dengan tekun, rajin dan penuh kesabaran, tidak mudah mengaku kalah, berani menanggung risiko dan sanggup berusaha bermati-matian.
    Contoh: Apabila menceburi bidang sesuatu perniagaan, peniaga tidak seharusnya merasa gusar dengan peniaga-peniaga yang sedia ada, apa yang penting adalah bagaimana kejayaan peniaga lain dapat mendorongnya untuk berjaya.

Pertanyaan lanjut mengenai Rukun Niaga Malaysia, sila hubungi:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aras 5
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Hotline : 1800-886-800
Tel. : 603-8882 5500
Faks : 603-8882 5826

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa