Jumaat, 24 Mac 2017 8:14 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM CITARASA MALAYSIA

 

Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk memperluaskan peluang pemasaran produk usahawan ke hypermarket/pasaraya serta meningkatkan kesedaran tentang kewujudan produk-produk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada pengguna (pembeli). Ia juga bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara usahawan dengan pihak hypermarket/pasaraya. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Pasaraya Besar Asing (Aeon, Aeon Big, Giant dan Tesco) serta pasaraya tempatan (Mydin, Tesco, The Store, Sunshine dan UO Superstore).

Program promosi ini dijalankan sepanjang tahun di lokasi-lokasi yang telah dipilih. Setiap program akan diadakan selama satu hingga dua minggu bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka. Produk-produk baru yang berjaya mendapat permintaan dan hasil jualan yang tinggi selama tempoh promosi tersebut berpeluang untuk disenarai tetap di pasaraya yang berkenaan. Produk-produk sedia ada di pasaraya juga dapat mempromosikan produk mereka sewaktu program ini dilaksanakan. Pihak pasaraya akan membuat penilaian dari segi kapasiti pengeluaran, pembiayaan kewangan, kualiti produk, pembungkusan, pelabelan, prestasi juaan serta komitmen oleh usahawan bagi memastikan produk PKS berupaya untuk bersaing dengan produk-produk lain yang telah lama berada di dalam pasaran.

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa