Jumaat, 28 April 2017 8:25 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK PKS

 

 

Program Pembangunan Produk PKS bertujuan untuk membangunkan produk usahawan PKS bagi membantu syarikat meningkatkan keupayaan untuk bersaing dengan produk-produk luar negara serta meningkatkan hasil jualan kesan dari pembungkusan yang lebih menarik dan trending. Melalui program ini, Kementerian akan mengenalpasti produk-produk yang mempunyai potensi untuk disenarai tetap di pasar raya besar tetapi tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh pasar raya besar.

 

Kriteria pemilihan produk adalah berdasarkan kepada beberapa perkara antaranya produk baru yang berpotensi untuk dipasarkan tetapi belum mempunyai jenama, pembungkusan dan pelabelan seperti yang ditetapkan oleh pihak pasar raya dan produk sedia ada di dalam pasaran tetapi tidak dapat bersaing dengan produk lain.

 

Peruntukan bagi program ini dilaksanakan secara "cost-sharing budget”. Kos yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada anggaran perbelanjaan yang diperlukan mengikut keperluan setiap produk untuk dibangunkan dengan nisbah berikut:

 

    • KPDNKK : 70%
    • PKS : 30%

 

SEBELUM SELEPAS
   
PKS-sebelum1 PKS-selepas1
PKS-sebelum2 PKS-selepas2
PKS-sebelum3 PKS-selepas3

 

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa