Selasa, 28 Mac 2017 4:37 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

DANA BANTUAN PEMBANGUNAN FRANCAIS (DBPF)

Tujuan Dana

Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi mengalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya berdaftar dengan pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000

Bentuk dan Kelayakan Bantuan

Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah kesemua fasa-fasa dipenuhi dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan dijadual kelayakan bantuan. Pemberi bantuan tersebut adalah berdasarkan pembayaran semula (reimbursement). Semua tuntutan bagi pembayaran semula hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan yang disahkan.

Kelayakan Permohonan

  • Terbuka kepada syarikat francaisor / francaisi induk Bumiputera yang telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
  • Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian perdagangan Dalam   Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi “business format franchise
  • Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja.
  • Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan kementerian Kewangan.
  • Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon dengan had maksima yang ditetapkan adalah sebanyak RM25,000 sahaja. Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan BPF3
  • Syarikat perlulah telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera

Syarat-syarat Kelulusan

  • Syarikat telah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
  • Syarikat telah diperakukan sebagai francaisor di bawah Program Pembangunan Francais (PPF) selepas tahun 1996.
  • Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh.mendapat lesen francais
  • Syarikat mestilah milik penuh warganegara Malaysia dan telah mempunyai prototaip outlet yang berdaya maju serta mempunyai sekurang-kurangnya 30% keseluruhan francaisi adalah Bumiputera.
  • Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan.
  • Keputusan pemohon dan jumlah kelayakan bantuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan DBPF.

Jadual Kelayakan Bantuan

Status Syarikat / Kategori Tuntutan

 

Syarikat Bumiputera

Pembangunan Pakej Francais & Pelancaran Francais

Fasa I : Penapisan

Fasa II : Kajian Konsep

Fasa III : Kajian Konsep Prototaip Outlet

Fasa IV : Penyediaan Pakej Francais

Fasa V : Pelancaran Francais

60%

RM60,000

Pewujudan Francaisi

40%

Maksima = RM40,000

JUMLAH

 

RM100,000

Nota:

  1. Bagi Kategori Pewujudan Francaisi, setiap francaisor yang memohon DBPF perlu melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera;
  2. Francaisor perlu melantik lebih dari 5 francaisi Bumiputera untuk menuntut baki 40% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM10,000 bagi setiap tambahan satu (1) francaisi Bumiputera yang dilantik tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Jadual Kelayakan Bantuan (Tanpa Perunding)

Perkara

Kelayakan maksima

Yuran rekaan dalaman (Prototaip outlet)

RM5,000

Yuran guaman (Dokumen penzahiran & perjanjian francais)

RM5,000

Tenaga kerja

RM15,000

Jumlah

RM25,000

Permohonan hendaklah dihantar terus kepada:

 

Unit Pembangunan

Produk Francais Tempatan

Jabatan Francais

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Aras 13, Menara PNS

Tower 7, Avenue 7

Bangsar South City

No.8, Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

Tel DID: 03- 2082 7882

Tel GL: 03-2082 7788

Faks: 03-2082 7666

Website: www.pns.com.my

 

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan kepada:

Bahagian Pembangunan Francais

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Aras 1, Blok Menara,

No.13, Persiaran Perdana

Presint 2, 62623 Putrajaya

Tel:03-8882 5500

Faks: 03 – 8882 6683

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa