Selasa, 28 Mac 2017 4:38 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK FRANCAIS TEMPATAN (PPFT)

Pengenalan

Program Pembangunan ProdukFrancais Tempatan(PPFT) adalah satu program yang bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais.

Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Skop pembangunan produk

Permohonan pembangunan produk boleh dipertimbangkan sekiranya ia menerusi kaedah berikut:

  •                  Daripada asal atau scratch
  •                  Perniagaan yang berpotensi difrancaiskan
  •              Produk sedia ada untuk conversion ke produk francais
  •              Usahasama antara PNS dan para pengusaha perniagaan yang berpotensi difrancaiskan

Tempoh masa dan fasa pembangunan produk

Tempoh masa untuk memfrancaiskan perniagaan adalah lebih kurang 7-10 bulan. Fasa-fasa pembangunan adalah seperti berikut:

    1. Penyediaan kertas cadangan untuk memfrancaiskan perniagaan (screening)
    2. Penyediaan konsep francais
    3. Penyelidikan prototaip outlet
    4. Pembangunan pakej francais
    5. Pendaftaran sebagai francaisor
    6. Pewujudan francaisi
mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa