Rabu, 26 April 2017 12:11 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

MEDIASI


APAKAH MAKSUD MEDIASI?

  •  Mediasi merupakan satu proses yang membolehkan satu kaedah penyelesaian konflik di antara kedua-dua belah pihak yang bertikai tanpa melibatkan undang-undang atau lebih dikenali sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (alternative dispute resolution).
  •  Mediasi merupakan suatu proses di mana perkhidmatan pihak ketiga yang saksama dan bertauliah digunakan untuk menbantu pihak - pihak yang bermasalah supaya dapat mencari jalan penyelesaian secara sukarela. 
  • Mediasi ini terbukti berkesan dan kaedah yang kos efektif dalam menyelesaikan pertikaian di mana dalam kebanyakan kes, ia dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (francaisor atau francaisi) yang bertikai.

BAGAIMANA MEDIASI DIJALANKAN?

  • Bahagian Pembanguan Francais KPDNKK akan bertindak sebagai mediator  bagi mengendalikan proses mediasi dengan adil serta neutral tanpa memihak. `Mediator' membantu tetapi tidak memutus, memaksa ataupun memberikan pandangannya di atas sebarang isu. Penilaian semua kemungkinan untuk mendekatkan jurang sesama dilakukan.
  • Semua pihak dalam pertelingkahan iaitu francaisor dan francaisi diberikan peluang bersuara. Proses ini tidak menekankan siapa yang salah ataupun betul disisi undang-undang, tetapi mengutamakan setiap pendapat atau pandangan didengari demi untuk menyelesaikan penyelesaian.


APAKAH KELEBIHAN MEDIASI?

      • Neutral
      • Adil
      • Rahsia
      • Cepat
      • Sukarela
      • Pihak-pihak yang bertelingkah memutuskan jalan penyelesaian terbaik
      • Menjimatkan kos

 

DI MANAKAH MEDIASI DIJALANKAN?

Setiap sesi mediasi akan dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK. Jika kedua-dua belah pihak sama ada francaisor atau francaisi ingin menyelesaikan aduan melalui mediasi, mereka boleh menghubungi:

 

Unit Pematuhan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bahagian Pembangunan Francais

Aras 1, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana

62623 Putrajaya

Tel:  03-8882 5585          

Faks: 03-8882 5583

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa