Ahad, 30 April 2017 5:23 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERUNDING FRANCAIS

 

1. Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tujuan pendaftaran perunding francais di bawah Akta Francais 1998 boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori seperti berikut :

i. individu ; atau

ii. syarikat

Individu

2. Mana-mana individu yang berhasrat ingin menawarkan khidmat nasihat sebagai perunding francais mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

i. Individu tersebut mestilah warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan francais dan tempoh pengalaman tersebut adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik yang dimiliki seperti berikut :

  1. Kelayakan akademik peringkat ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun; atau
  2. Kelayakan akademik peringkat diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; atau
  3. Kelayakan akademik peringkat Vokasional atau kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 (tiga) tahun; atau

       iii. Individu tersebut juga telah menghadiri kursus-kursus francais seperti berikut :

a. Certified Franchise Executives (CFE) oleh Institute of Franchise Executive (IFE) atau yang setar

    dengannya; atau

b. Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais; dan

c. Lain-lain kursus berkaitan francais yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

      Syarikat

 3. Mana-mana syarikat yang berhasrat ingin menawarkan khidmat nasihat perunding francais mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

    1. Syarikat telah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sekurang-kurangnya syarikat sdn bhd, perkongsian liabiliti terhad (PLT),perkongsian atau milikan tunggal;
    2. Seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah mestilah terdiri daripada perunding francais yang telah berdaftar di bawah Akta Francais 1998 dan memegang majoriti saham di dalam syarikat;
    3. Syarikat mestilah mempunyai perunding francais yang berdaftar di bawah Akta Francais 1998 sebagai perunding utamadi dalam syarikat.
    4. Syarikat mestilah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000;

               Klasifikasi Perunding Francais

          4. Klasifikasi Perunding Francais berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman francais adalah seperti berikut :

 

Klasifikasi Perunding

 

Kelayakan Akademik

 

Pengalaman Francais

 

Pasca Ijazah dan Kursus Profesional yang berkaitan dengan Francais

 

 

A

Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

5 tahun dan ke atas

  • Certified Franchise Executives (CFE) oleh Institute of Franchise Executive (IFA) atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

8 tahun dan ke atas

 

 

B

Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Di antara 3 tahun hingga 5 Tahun

  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Di antara 5 tahun hingga 8 Tahun

Kelayakan Vokasional atau Kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

8 tahun dan ke atas

 

 

C

Ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Kurang dari 3 tahun

  • Kursus oleh Akademi PNS yang diiktiraf oleh Pendaftar Francais ; dan
  • Lain-lain kursus berkaitan francais yang   diiktiraf oleh Pendaftar Francais.

Kelayakan Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Di antara 3 tahun hingga 5 Tahun

Kelayakan Vokasional atau Kemahiran dalam bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Di antara 3 tahun hingga 8 Tahun


mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa