Jumaat, 28 April 2017 8:26 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS DI MALAYSIA

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bwah Jabatan Perdana Menteri atau KPDNKK.

Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais:

  • Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
  • Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
  • Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia
  • Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (5) kategori pendaftaran seperti berikut;

Jenis Pendaftaran

Definisi

Section 6

  • Francaisor
  •  
  • Francaisi induk

Pendaftaran bagi seseorang pemberi francais sebelum dia boleh membuat tawaran untuk menjual francais kepada mana-mana orang

Section 6A

  • Francaisi kepada francaisor Asing

Pendaftaran bagi seseorang pemegang francais (francaisi) kepada pemberi francais (francaisor) asing

Section 6B

  • Francaisi kepada francaisor Tempatan

Pendaftaran bagi seseorang pemegang francais (francaisi) kepada pemberi francais (francaisor) tempatan

Seksyen 14

  • Broker francais/ Konsultan

Pendaftaran bagi Broker Francais atau Konsultan Francais

Seksyen 54

  • Pemberi francais asing

Pendaftaran bagi warga asing yang bercadang menjual francaisnya di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia

 

Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Francais

 Pendaftaran Seksyen 6-Pemberi Francais(Francaisor Tempatan Atau Francaisi Induk)  

  1. Permohonan ini adalah untuk mendaftarkan syarikat tempatan atau syarikat yang telah diberikan hak esklusif oleh syarikat asing bagi mengembangkan jenama mereka di dalam negara Malaysia, yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan melalui sistem francais.
  2. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum sesebuah syarikat boleh mendaftarkan diri sebagai Pemberi Francais:
    1. Syarikat telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berstatus syarikat Sendirian Berhad;
    2. Telah mula beroperasi di dalam bidang perniagaan yang hendak difrancaiskan sekurang-kurangnya tiga tahun dengan mempunyai tiga tahun akaun teraudit terkini;
    3. Telah memastikan maklumat terkini syarikat di pengkalan data SSM adalah tidak lebih daripada 6 bulan;
    4. Telah mendaftarkan Cap Dagangan atau sekurang-kurangnya menghantar permohonan untuk mendaftarkan Cap Dagangan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO); dan,
    5. Mempunyai premis/outlet prototaip perniagaan francais yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

 iii Seterusnya, dokumen persediaan untuk mendaftarkan syarikat sebagai Pemberi Francais:

    1. Telah mewujudkan manual operasi perniagaan syarikat yang hendak difrancaiskan;
    2. Telah menyediakan modul latihan yang perlu diberikan kepada bakal francaisi mengikut tugas;
    3. Telah menyediakan sampel perjanjian francais di antara Pemberi Francais (Francaisor) dan Pemegang Francais (Francaisi) mengikut Akta Francais (Pindaan) 2012 di bawah Seksyen 18;
    4. Telah membuat unjuran kewangan francaisi untuk tempoh lima (5) tahun;
    5. Akaun pengurusan outlet prototaip bagi tempoh sekurang-kurangnya enam(6) bulan beroperasi. (Bagi syarikat yang mempunyai hanya sebuah outlet dan semua transaksi perniagaan direkodkan dalam akaun teraudit yang dikemukakan, akaun pengurusan ini tidak perlu disertakan dengan syarat tiada hasil dari aktiviti lain direkod dalam akaun teraudit tersebut)
    6. Brosur perniagaan syarikat yang hendak difrancaiskan;
    7. Anggaran kos permulaan perniagaan yang hendak difrancaiskan secara terperinci; dan
    8. Cadangan fi-fi yang hendak dikenakan kepada bakal francaisi dan justifikasi bagi setiap fi yang dikenakan.

 

 Pendaftaran Seksyen 6A-Pemegang Francais Kepada Francaisor Asing

  1. Pendaftaran ini adalah pendaftaran oleh francaisi yang mana telah menandatangi perjanjian francais dengan mana-mana francaisor asing yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais di bawah Seksyen 54 Akta Francais (Pindaan) 2012 SAHAJA.
  2. Perkara utama yang perlu pemohon/syarikat perlu ambil perhatian untuk berdaftar di bawah seksyen ini ialah:
    1. Syarikat telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah status ROC atau ROB;
    2. Telah memastikan maklumat terkini syarikat di pengkalan data SSM adalah tidak lebih daripada 6 bulan; dan
    3. Telah menandatangi perjanjian francais dengan francaisor asing yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais.

 

 Pendaftaran Seksyen 6B-Pemegang Francais

  1. Pendaftaran ini adalah pendaftaran oleh francaisi yang mana telah menandatangani perjanjian francais dengan mana-mana francaisor tempatan atau pemegang francais induk yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais di bawah Seksyen 6 Akta Francais (Pindaan) 2012 SAHAJA.
  2. Perkara utama yang perlu pemohon/syarikat perlu ambil perhatian untuk berdaftar di bawah seksyen ini ialah:
    1. Syarikat telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah status ROC atau ROB;
    2. Telah memastikan maklumat terkini syarikat di pengkalan data SSM adalah tidak lebih daripada 6 bulan; dan,
    3. Telah menandatangi perjanjian francais dengan francaisor tempatan atau pemegang francais induk yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais.

       

 Pendaftaran Seksyen 54-Pemberi Francais Asing/Francaisor Asing

  1. Pendaftaran ini adalah untuk kebenaran kepada orang asing untuk menjual sistem perniagaan francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia.
  2. Pendaftar Francais boleh meluluskan atau menolak permohonan ini tanpa memberikan sebab bagi penolakan itu.
  3. Permohonan yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Pendaftar Francais.

 

Permohonan Pendaftaran Francais 

Secara amnya, permohonan francais boleh dilaksanakan melalui 3 cara seperti berikut: 

  1. Proses permohonan dilaksanakan oleh pemohon sendiri.
  2. Proses permohonan dilaksanakan oleh konsultan yang dilantik oleh pemohon.
  3. Proses permohonan dilaksanakan melalui PPFT (Bagi permohonan pendaftaran di bawah Sekyen 6 sahaja).

 

Dokumen Permohonan Pendaftaran Francais 

Permohonan pendaftaran francais boleh dikemukakan kepada KPDNKK melalui sistem atas talian Malaysia Franchise Express System (MyFEX). Dokumen-dokumen yang diperlu dimuatnaik adalah seperti berikut: 

  1. Sampel perjanjian francais (versi bahasa Melayu dan Inggeris);
  2. Salinan manual operasi perniagaan ( versi bahasa Melayu/Inggeris);
  3. Salinan manual latihan (versi bahasa Melayu/Inggeris);
  4. Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO);Sekiranya cap dagangan telah diserahhakkan kepada pemohon, salinan disahkan dokumen berkenaan perlu dikemukakan bersama;
  5. Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49);
  6. Akuan teraudit terkini (3 tahun)berserta penyata kewangan, kunci kira-kira dan akaun untung rugi;
  7. Unjuran kewangan francaisi 5 tahun;
  8. Gambar outlet prototaip; dan
  9. Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat.

 

Permohonan Seksyen 6A, Akta Francais 1998

Dokumen dan maklumat yang diperlu dimuatnaik adalah seperti berikut: 

  1. Salinan disahkanperjanjian francais di antara francaisor asing dan francaisi yang telah ditandatangani dan disetemkan;
  2. Salinan disahkandokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO);
  3. Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49);
  4. Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat; dan
  5. Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan. 

 

Permohonan Seksyen 6B, Akta Francais 1998

Dokumen dan maklumat yang diperlu dimuatnaik adalah seperti berikut: 

  1. Salinan perjanjian francais di antara francaisor tempatan dengan pemegang francais yang telah ditandatangani dan disetemkan;
  2. Salinan surat tawaran daripada francaisor;
  3. Sijil pendaftaran SSM (bagi syarikat berstatus ROB);
  4. Sijil pendaftaran dengan agensi berkaitan (KPM, KKM)
  5. Salinan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49); dan
  6. Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan.

 

Permohonan bagi Kebenaran oleh Francaisor Asing Seksyen 54, Akta Francais 1998

Dokumen dan maklumat yang diperlu dimuatnaik adalah seperti berikut: 

  1. Tarikh pemerbadanan syarikat dan tarikh perniagaan mula dijalankan;
  2. Konsep francais dan latar belakang syarikat;
  3. 3Pengalaman dalam bidang francais (bilangan outlet milik syarikat dan outlet francais);
  4. Cadangan francaisi induk / francaisi (sekiranya telah dikenalpasti);
  5. Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat dari agensi berkenaan dari negara asal;
  6. Salinan disahkan dokumen/sijil perdagangan cap dagangan;
  7. Brosur/laporan tahunan syarikat dan gambar outlet; dan
  8. Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan.

 

Dokumen dan Kandungan Perjanjian Francais, Seksyen 18, Akta Francais 

Perjanjian Francais mestilah bertulis. Perjanjian tersebut perlu mengandungi tetapi tidah terhad kepada perkara-perkara berikut: 

Kesan Penamatan /Habis Tempoh

    • Nama/perihal keluaran dan produk
    • Identity francaisor/hak francais induk
    • Hak wilayah
    • Fi
    • Kewajipan francaisor
    • Kewajipan francaisi
    • Hak francaisi terhadap cap dagangan dan harta intelektual
    • Syarat francaisi menyerahhakkan hak
    • Tempoh bertenang  tidak kurang 7 hari
    • Perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh/berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais
    • Jenis dan butir-butir bantuan oleh francaisor
    • Tempoh francais sekurang-kurangnya 5 tahun
    • Terma pembaharuan francais
    • Manual operasi / latihan
    • Penyelesaian pertikaian secara meditasi 

 

Obligasi Selepas Pendaftaran 

Di bawah Akta Francais 1998, francaisor/francaisi induk yang berdaftar wajib mengemukakan dokumen-dokumen berikut setiap tahun: 

1.    Laporan Tahunan 

Francaisor/master francaisi perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari dari tarikh ulang tahun pendaftaran. Laporan tahunan tersebut perlu dikemukakan menggunakan BAF 6 dan mesti mengandungi maklumat atau dokumen berikut: 

i) Bilangan/nama/alamat outlet francais berikut:

· Outlet syarikat;

· Outlet francais Bumiputera;

· Outlet francais Bukan Bumiputera; dan

· Outlet francais luar negara. 

ii)    Pulangan tahunan

iii)   Dokumen penzahiran terkini

iv)   Penyata kewangan teraudit terkini

v)    Laporan yang dikemukakan perlu ditandatangani dan dimeterai oleh syarikat.

 

2.    Penyata Kewangan Kumpulan Wang Promosi 

Francaisor/francaisi induk yang mengenakan fi promosi ke atas francaisi perlu menubuhkan Kumpulan Wang Promosi yang diuruskan di bawah akaun yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu. Francaisor/francaisi induk perlu mengemukakann penyata kewangan kumpulan wang tersebut. Penyata kewangan itu perlu diendors oleh akauntan awam berdaftar dan dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas tamat penggal kewangan terakhir.

 

Pengesahan Dokumen

Salinan dokumen yang dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK bagi tujuan permohonan pendaftaran francais dan kebenaran perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Notari Awam/Peguan/Majistret/Hakim.

 

Fi Francais

Fi yang dikenakan adalah seperti berikut:

Kategori Fi

Pendaftaran francaisor/francaisi induk/francaisi kepada francaisor asing/broker francais

RM50.00 fi pemprosesan

RM1,000.00 fi pendaftaran (setelah diluluskan)

Pendaftaran broker francais

 RM50.00 fi pemprosesan

Pendaftaran pakej baru oleh francais berdaftar

 RM50.00 fi pemprosesan

Kebenaran di bawah Seksyen 54

 RM50.00 fi pemprosesan

Pindaan ke atas dokumen penzahiran

 RM50.00 fi pemprosesan

 

Pembayaran perlu dibuat dalam bentuk wang pos atau deraf bank kepada Pendaftar Francais, KPDNKK.

 

Mendaftarkan Syarikat Melalui MyFex 

  1. Syarikat/pemohon melayari laman sesawang http://myfex.gov.my;
  2. Klik pada ‘Pendaftaran Francais’, syarikat/pemohon akan dibawa ke halaman pilihan pendaftaran. Sila klik pada permohonan yang betul.
  3. Isikan semua maklumat yang diminta seperti berikut:
    1. MyCOID<Merujuk kepada nombor syarikat dari SSM>
    2. Nama Syarikat<Nama syarikat yang didaftarkan dengan SSM>
    3. Nama Penuh<Nama pemohon>
    4. Emel <Emel pemohon untuk perhubungan>
    5. No. Telefon<Nombor telefon untuk menghubungi wakil syarikat/pemohon>
    6. Kata laluan<Isi kata laluan yang senang untuk syarikat/pemohon ingat>

 

iv. Klik butang ‘Hantar’ selepas pemilihan bahasa.

v. Makluman kepada syarikat/pemohon bahawa pendaftaran berjaya dilakukan akan dipamerkan pada skrin. Tutup halaman selepas pendaftaran berjaya.

 

Pemohon boleh menghubungi talian helpline 03-8882 6562 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Aras 1, Blok Menara
No. 13, Persiaran Perdana
62623 Putrajaya

Tel: 603-8882 5585
Faks: 603-8882 5583

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa