Rabu, 26 April 2017 12:07 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

Pengurusan Lesen Import dan Eksport Gula

Pengurusan Lesen Import dan Eksport Gula

 

Pada 2 Februari 2015, KPDNKK telah mengambil alih portfolio pengeluaran lesen import dan eksport gula selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/ Eksport) (Pindaan) 2015. Bermula dari tarikh tersebut, Kementerian ini telah dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan import dan eksport gula.

 

Tatacara Permohonan

 

  1. Permohonan adalah secara online bagi semua permohonan import dan eksport gula. Namun untuk permohonan import gula bertapis (permohonan dibekukan bermula 1 Mac 2016).
  2. Pemohon perlu mendaftarkan syarikat secara online sama ada sebagai pengguna baharu / pengguna sedia ada Dagangnet. Bagi pemohon/pengguna sedia ada Dagangnet (Sila tambah modul KPDNKK / MITI Gula). Status existing maknanya pemohon/pengguna sudah pernah mengguna modul lain dengan Dagangnet / agensi Kerajaan yang lain.
  3. Selepas pendaftaran Syarikat diluluskan, Syarikat boleh terus memohon AP secara online.
  4. Permohonan pendaftaran atas talian boleh dibuat melalui : reg.dagangnet.com

 

Pendaftaran atas talian (Daftar Syarikat) : New/ Existing Dagangnet Customer (Mendaftar untuk modul AP MITI/ KPDNKK) - Status existing maknanya pemohon/pengguna sudah pernah mengguna modul lain dengan Dagangnet / agensi Kerajaan yang lain.

Senarai Semak Pendaftaran Syarikat :

(i) Profil syarikat (BORANG 24)

(ii) Profil syarikat (BORANG 49)

(iii) Profil syarikat (BORANG 9)

(iv) Tambahan BORANG 13 jika syarikat tukar nama - pendaftaran lain maklumat di Pendaftaran SSM lain.

(v) BORANG A, B dan D (hanya untuk syarikat Perkongsian dan Persendirian sahaja, jika syarikat Sdn. Bhd., mohon muat naik dokumen kosong)

(vi) Memorandum & Artikel of Association (M&A) – Dokumen perjanjian penubuhan syarikat diperlukan di bawah Akta Syarikat.

(vii) Katalog (Produk) ( *Tidak diperlukan untuk gula halus & gula mentah)

 

Sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan dengan sistem, sila hubungi :

Dagang Net Technologies Sdn Bhd

Pusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline,

Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South,

No. 8, Jalan kerinchi,

59200 Kuala Lumpur

 

Waktu Beroperasi : 24 jam (7 hari seminggu)

Telefon : 1 300 133 133

Fax : 03-27132990

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Web : http://www.dagangnet.com

 

A. Import Gula Bertapis

Bermula 1 Mac 2016, Kementerian telah memutuskan untuk membekukan pengeluaran Permit Import Gula Bertapis (AP). Selaras dengan keputusan ini, pihak syarikat makanan dan minuman (F&B) boleh mendapatkan bekalan gula bertapis daripada pengilang gula tempatan.

 

B. Eksport Gula Bertapis, Eksport Lain-lain Gula dan Import Lain-lain Gula (Permohonan melalui online sahaja)

1. Permohonan permit di ePermit : newepermit.dagangnet.com.my

2. Maklumat lanjut berkenaan ePermit (Slaid ePermit AP Sugar Awareness)

(i) Eksport Gula Bertapis

      • Senarai Semak Permohonan Eksport Gula Bertapis

(i) Invois/ Kontrak Jualan

(ii) Laporan Pengeluaran dan Jualan Bulanan

(ii) Eksport Gula Bertapis (in sachet)

      • Senarai Semak Permohonan Eksport Gula Bertapis (In Sachet)

(i) Surat sokongan daripada Pengilang Gula Tempatan

(ii) Invois/ Kontrak Jualan

(iii) Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan, Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam

(iii) Eksport Lain-Lain Gula

      • Senarai Semak Permohonan Eksport Lain-Lain Gula

(i) Invois/ Kontrak Jualan

(ii) Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan, Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam

(iii) Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)

(iv) Import Lain-Lain Gula (HS 1701)

      • Senarai Semak Permohonan Import Lain-Lain Gula (HS 1701)

(i) Invois/ Kontrak Jualan

(ii) Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan, Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam

(iii) Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)

(v) Import Lain-Lain Gula (HS 1702)

      • Senarai Semak Permohonan Import Lain-Lain Gula (HS 1701)

(i) Invois/ Kontrak Jualan

(ii) Surat Pengesahan Penjenisan daripada Unit Penjenisan, Bahagian Perkhidmatan Teknik Kastam

(iii) Surat Pengesahan Organik (Jika produk organik)

 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan bolehlah menghubungi pegawai seperti berikut :

 

Puan Farahana binti Hussain

Tel : 03 - 8882 6422

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Jauna Qistina binti Muhamad Jani

Tel : 03 - 8882 5924

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Shahafiza binti Mohd Ali

Tel : 03 - 8882 5919

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa