Jumaat, 24 Mac 2017 8:13 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

Pengurusan Pengilangan Cakera Optik

PENGURUSAN PENGILANGAN CAKERA OPTIK

 

Penggubalan Akta Cakera Optik 2000 dan Peraturan-peraturan Cakera Optik 2000 bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

    • Melesen aktiviti pengilangan cakera optik demi untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.
       
    • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti pengilangan cakera optik yang beretika.
       
    • Melarang segala kegiatan berbentuk penipuan dan cetak rompak serta melindungi harta intelek milik individu atau organisasi.

 

Mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti pengilangan cakera optik hendaklah memohon lesen di bawah Akta Cakera Optik 2000.

 

Seksyen 4 – Lesen untuk mengilang cakera optik.
"Mana-mana orang yang mengilang cakera optik tanpa suatu lesen yang sah di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan."

Seksyen 5 – Premis yang tidak dilesenkan.
"Pemegang lesen yang mengilang cakera optik di sesuatu tempat selain premis yang dilesenkan adalah melakukan suatu kesalahan."
 

Mengilang jenis cakera optik berikut:

i) dengan kandungan (pre-recorded);

ii) boleh rakam(recordable); dan

iii) salinan induk (mastering)
 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Pemohon hendaklah mengisi borang ACO-1 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran atau muat turun di laman sesawang KPDNKK di alamat www.kpdnkk.gov.my. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui pos atau serahan tangan kepada:

Pengawal Cakera Optik
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

 

Bayaran Lesen


Jenis Permohonan

Bayaran (RM)

Tempat Utama

Lain-lain Tempat

Permohonan Baru

2,000

1,000

Permohonan Pembaharuan

2,000

1,000

Pindah Hakmilik Lesen

2,000

Penggantian Lesen

100

Salinan Lesen yang diperakui sah

100

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan aktiviti pengilangan cakera optik hendaklah dikemukakan kepada:

 

Encik Muslimun Bin Md Yusof

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya.
Tel : 03-8882 5844

Email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Puan Wan Norashikin Binti Mokhtar

Penolong Pengarah
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Aras 4 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Tel : 03-8882 5881
Fax : 03-8882 5941 / 5981

Email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa