Selasa, 23 Mei 2017 3:36 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

PERMOHONAN DAN KELULUSAN KEBENARAN MENJALANKAN AKTIVITI DI BAWAH AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 & AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 (PDA/CSA RUNCIT) MELALUI BLESS 2.0.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Sebagaimana YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merupakan agensi perintis dalam pembangunan Business Licensing Electronic Support System 2.0 (BLESS 2.0) bermula Januari, 2017. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan mulai 15 Mei 2017 jam 8.00 pagi, permohonan dan kelulusan Kebenaran Menjalankan Aktiviti Di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 & Akta Kawalan Bekalan 1961 (PDA/CSA Runcit) boleh dilaksanakan melalui BLESS 2.0 di pautan https://bless2.bless.gov.my/bless2.

Sehubungan itu, Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) akan melaksanakan penutupan permohonan lesen tersebut melalui BLESS semasa kepada pemohon pada 14 Mei 2017 mulai jam 12.00 malam. Walau bagaimanapun, pegawai KPDNKK masih boleh meneruskan proses kelulusan bagi permohonan yang diterima di dalam BLESS semasa.

Untuk makluman YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan juga, permohonan dan kelulusan lesen-lesen lain (selain dari Kebenaran Menjalankan Aktiviti Di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 & Akta Kawalan Bekalan 1961 (PDA/CSA Runcit) dan Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA)) masih boleh dilaksanakan di dalam BLESS semasa sehingga pemakluman selanjutnya.

Pertanyaan berkaitan penggunaan dan permasalahan teknikal BLESS 2.0 boleh dimajukan kepada Pegawai Perunding BLESS di talian 1-300-88-1020 atau emelkan kepada bless2.0[at]icu.gov.my

Kerjasama pihak YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam pelaksanaan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sukacita dapat dipanjangkan juga pemakluman ini kepada pejabat-pejabat KPDNKK di peringkat negeri dan cawangan untuk perhatian.

Sekian.

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa