Ahad, 30 April 2017 5:13 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

KERAJAAN BANTU USAHAWAN PKS TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

FAD 5324

PUTRAJAYA, 8 MAC 2017 – Kerajaan akan membantu usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) untuk menembusi pasaran antarabangsa setelah berjaya meletakkan produk usahawan PKS itu di beberapa pasar raya besar di negara ini.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, KPDNKK sentiasa mencari peluang untuk membantu usahawan – usahawan PKS ini melalui pelbagai inisitaif seperti membantu dari aspek pembungkusan, pelabelan, latihan dan pemasaran supaya usahawan-usahawan ini sentiasa berdaya saing di pasaran tempatan.

Katanya, seramai 1310 usahawan PKS telah berjaya menembusi empat pasar raya utama di negara ini dan beliau yakin kerjasama yang terbentuk dengan pasar raya-pasar raya besar di negara ini, lebih banyak peluang akan dibuka kepada  usahawan PKS yang lain bagi membolehkan produk mereka berada di pasaraya-pasaraya tersebut secara percuma.

“Kita juga secara NBOS dengan beberapa kementerian serta agensi berkaitan sedang mencari kaedah untuk membantu usahawan-usahawan PKS ini supaya produk mereka mempunyai kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan,” ujarnya ketika merasmikan Program Citarasa Malaysia:  Sehari Bersama Usahawan PKS 2017” di Dewan Serbaguna KPDNKK di sini, hari ini.

Seramai 175 usahawan PKS dari seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini dengan mempamerkan produk-produk mereka. Selain itu, mereka juga berpeluang mengikuti forum serta ceramah mengenai transformasi pemasaran di sepanjang program berlangsung.

Pada 2016, Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) KPDNKK telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi membantu usahawan PKS dan hasilnya seramai 19 usahawan PKS menerima produk-produk mereka yang telah melalui program transfomasi itu seperti pembungkusan yang lebih sesuai dan menarik, penjenamaan produk yang lebih sesuai dan disamping membantu mendapat tempat di pasar raya besar di negara ini.

BPP menyasarkan untuk membantu lebih ramai usahawan PKS tahun ini disamping memperluaskan lokasi pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basarudin Sadali dan ketua-ketua jabatan dan agensi.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa