Jumaat, 24 Mac 2017 8:15 PM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

LAKUKAN TRANSFORMASI

Lakukan Transformasi

PUTRAJAYA, 14 MAC 2017 – Warga kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran supaya berani melakukan transformasi dan tidak merasa selesa dengan keadaan sedia ada

Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, prosedur lapok,selesa dengan praktis sedia ada dan pelbagai lagi peraturan perlu dikaji semula supaya setiap tindakan yang dilakukan relevan dengan keadaan semasa.

“Saya mahukan agar warga KPDNKK berani melakukan transformasi dan berubah dari cara dan kaedah lama yang mungin tidak sesuai lagi diparktiskan,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulan Mac di Dewan Serbaguna KPDNKK disini petang tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh serta pengurusan tertinggi kementerian ini.

Katanya, kunci kejayaan bagi sesebuah negara adalah perpaduan yang mantap. Rasa tanggungjawab terhadap negara dan rakyat, mendorong kita untuk sentiasa mencari pendekatan atau idea-idea baharu untuk membangunkan taraf hidup rakyat.

Selaras dengan konsep #CaringMinistry, KPDNKK menerusi agensi-agensinya menyediakan banyak peluang yang perlu direbut oleh semua bagi mengeluarkan mereka dari status sedia ada ke sesuatu tahap yang lebih baik,

KPDNKK katanya, sedia berkongsi dengan semua pihak tentang kejayaan-kejayaan yang diraih supaya rakyat sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan.

Beliau juga mahukan agar warga kementerian ini menggunakan media sosial seperti facebook, twitter untuk menguar-uarkan sesuatu kejayaan atau mesej supaya ia tersebar luas sebelum ia dijadikan bahan untuk eksplotasi pihak-pihak tertentu.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa