Selasa, 23 Mei 2017 3:36 AM
OKU Tukar Warna Teks Biru Tukar Warna Teks Merah  Tukar Warna Teks Hijau  Tukar Warna Teks Hitam  Set Semula Warna Teks Facebook Twitter Instagram FOK-2016 Youtube RSS 1akses
  • muatturun icon

muatturun2016
  • kalendaracara icon

kalendaracara2016
  • maklumbalasskp icon my

skp2016
  • beritaeksklusif icon my

bernama2016

  • statistik icon

statistik2016
  • ebook icon

ebook2016

logo3-bm

FAHAMI TRANSFORMASI DALAM URUSAN PERNIAGAAN

 

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2017 - Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia (FIM) 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, dekat sini.

Program anjuran bersama Malaysia Franchise Association (MFA) ini merupakan kali       ke-24 diadakan dengan disertai 90 booth jenama-jenama francais terkemuka dari 10 buah negara.

FIM diadakan bertujuan menggalakkan usahawan tempatan meningkatkan sistem perniagaan kepada konsep perniagaan francais yang lebih sistematik sekaligus membantu syarikat membina jaringan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK, Dato' Henry Sum Agong, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato' Basaruddin Sadali, Pengerusi MFA, Datuk Wira Mohd. Latip Sarrugi dan Naib Pengerusi MFA, Izham Hakimi Dato’ Hamdi.

 

 

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

mygov miti moa mof jpa ideahatch bless bpa