Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home arrow PENERBITAN arrow Berita BERNAMA arrow Jualan Langsung Hai-O Dijangka Naik 5.4 Peratus
Jualan Langsung Hai-O Dijangka Naik 5.4 Peratus
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Jualan Hai-O Enterprise Bhd dijangka meningkat 5.4 peratus berbanding tahun lepas pada tahun kewangan 2009, demikian menurut Affin Investment Bank. "Ini membawa kepada penambahan dalam pendapatan bersih kami sebanyak 12 peratus pada tahun kewangan 2009 bagi syarikat, 12.9 peratus bagi 2010 dan 13.4 peratus bagi 2011," demikian menurut bank itu dalam nota penyelidikannya yang dikeluarkan di sini Rabu. Affin Investment berkata syarikat itu unik berikutan pertumbuhan yang terdedah kepada semua segmen utama penduduk Malaysia. "Pemangkin penarafan semula yang utama adalah penghasilan hasil pulangan yang tinggi dan daya tahan pendapatan, di sebalik persekitaran ekonomi yang lembap," katanya. Affin Investment menyatakan bahagian jualan langsung (MLM) Hai-O Enterprise dijangka menunjukkan prestasi lebih baik selepas mencatatkan penurunan besar dalam tempoh September-Oktober 2008. Bahagian MLM menyumbang sebahagian besar daripada perolehan pada 76 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan Hai-O Enterprise yang dicatatkan pada suku kedua tahun kewangan 2009 dan 75.3 peratus dalam tahun kewangan 2008. Affin Investment menyatakan dasar dividen syarikat akan dikekalkan pada 50 peratus. Sementara itu, RHB Research mengekalkan penarafan yang mengatasi jangkaan ke atas Hai-O Enterprise memandangkan syarikat itu berupaya mengurangkan pendedahan terhadap dolar AS pada 2009. Dalam nota penyelidikannya, ia berkata pada 2008, kira-kira 60 peratus daripada barangan syarikat dikeluarkan dalam dolar AS berbanding 40 peratus sekarang. Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah oleh bahagian borong dan pertukaran dalam pembelian oleh pengguna daripada korset pelangsingan badan kepada penapis air, katanya. "Kami menganggarkan setiap satu peratus pengukuhan dalam dolar AS akan menyebabkan keuntungan tahun kewangan 2009-2011nya berkurangan sebanyak 1.2 peratus hingga 1.3 peratus," kata RHB Research. Firma penyelidikan itu menyelaras semula unjuran tahun kewangan 2009nya mengikut arah aliran menaik sebanyak 2.5 peratus bagi mencerminkan sumbangan yang lebih tinggi daripada yang dijangka daripada bahagian borong. Bagaiamanapun, ia menyemak semula mengikut arah aliran menurun unjuran tahun kewangan 2010-2011 sebanyak 5.6 peratus hingga 6.3 peratus bagi mencerminkan tahap produktiviti pengedar yang lebih rendah disebabkan kelemahan dalam perbelanjaan pengguna. "Kami merasa yakin komitmen Hai-O Enterprise ke arah menetapkan dasar pembayaran dividen kasarnya yang minimum pada 50 peratus, yang diterjemahkan kepada hasil dividen bersih sebanyak tujuh peratus bagi tahun kewangan 2009," katanya. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.520 seconds to load.