Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home arrow PENERBITAN arrow Berita BERNAMA arrow Perniagaan MLM Terus Pacu Pertumbuhan Hai-O
Perniagaan MLM Terus Pacu Pertumbuhan Hai-O
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bahagian pemasaran pelbagai peringkat (MLM) akan terus memacu pertumbuhan Hai-O Enterprise Bhd ke hadapan, kata OSK Research. "Sudah tentunya, prestasi syarikat akan terjejas oleh kelembapan ekonomi tetapi pasukan MLM yang kuat dan bermotivasi akan membantu merangsangkan jualan Hai-O Enterprise," kata firma penyelidikan itu hari ini. Untuk tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Jan, 2009, pendapatan dan untung bersih Hai-O Enterprise, masing-masing berkembang 25.8 peratus dan 23.4 peratus tahun-atas-tahun, terutamanya diteraju oleh pertumbuhan berterusan bahagian MLMnya. "Jualan runcit terkumpul meningkat 4.8 peratus tahun-atas-tahun, didorong oleh sambutan Tahun Baru Cina sementara jualan pembuatan melonjak 109.4 peratus," kata OSK Research dalam satu kenyataan. "Jualan borong dan keuntungan, bagaimanapun, mengecut 7.2 peratus dan 18 peratus tahun-atas-tahun disebabkan oleh tempahan yang rendah, kelemahan ringgit dan kos pengiklanan yang tinggi," katanya. Bagaimanapun, perbandingan sukuan mendedahkan yang semua bahagian utama mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif iaitu dari 1.3 peratus hingga 19.8 peratus dengan MLM menunjukkan pertumbuhan paling kukuh, kata OSK Research. Meskipun bimbang yang permintaan untuk produk MLM mungkin terjejas kerana para pengguna beralih kepada alteranatif yang lebih murah ekoran ekonomi yang lemah, permintaan pendasar untuk produk komestik dan penjagaan kulit kekal menggalakkan, kata syarikat penyelidikan itu. "Ia disokong oleh 70 peratus asas keahlian yang dimonopoli oleh kaum wanita," katanya sambil menambah yang Hai-O Enterprise akan melancarkan produk penjagaan kulit La Praise awal tahun ini. Sementara banyak syarikat telah mengurangkan skala perbelanjaan pengiklanan dan promosi mereka, sebaliknya OSK Research berkata Hai-O Enterprise telah memilih untuk memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya. "Syarikat begitu menghargai perniagaan MLMnya dan kerap mengadakan ceramah dan seminar motivasi untuk melengkapkan ahli-ahlinya dengan kepakaran tertentu bagi membangunkan keusahawanan," katanya. Syarikat penyelidikan itu berkata yang bahagian MLM Hai-O Enterprise kekal menggalakkan berikutan marginnya yang tinggi dan produknya yang popular seperti baju dalam untuk melangsingkan badan dan penapis air, adalah antara yang laris walaupun sentimen pengguna agak lemah. "Asas keanggotaannya juga terus berkembang sebanyak 2,000 hingga 3,000 sebulan," katanya. -- BERNAMA
 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.519 seconds to load.