| Hai-O Raya Raih Anugerah Brandlaureate |
| KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Hai-O Raya Bhd telah memenangi Anugerah BrandLaureate 2008-2009 di bawah kategori Jenama Terbaik Peruncitan bagi Perubatan Cina Tradisional. "BrandLaureate merupakan salah satu pemberian terbaik sempena sambutan ulang tahun ke-34 Kumpulan Hai-O Group tahun ini. "Ia mengesahkan sekali lagi kejayaan jenama Hai-O dan dedikasi serta ketekunan pihak pengurusan dan kakitangan dalam menjayakannya," kata Pengarah merangkap Pengurus Besar syarikat, Tan Kok Keong dalam satu kenyataan. Anugerah itu bertujuan mengiktiraf kecemerlangan penjenamaan di kalangan syarikat multinasional, syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan dalam negara dan di rantau Asia Pasifik. Ia dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik. Hai-O Raya ialah anak syarikat Hai-O Enterprise Bhd, dan mengkhusus dalam bidang peruncitan perubatan Cina tradisional dan produk penjagaan kesihatan. Ia mempunyai 60 rangkaian kedai dan kaunter peruncitan di seluruh negara. -- BERNAMA |







PENERBITAN