|
Anugerah Syarikat Mesra Pengguna 2009
Syarat-syarat penyertaan
1.
Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
2.
Pemohon adalah syarikat yang melaksanakan pengeluaran yang mesra pengguna
dengan matlamat utama untuk membantu kesejahteraan hidup pengguna.
3.
Pemohon mempunyai rekod baik dalam pasaran dan mengambil berat akan
maklum balas pengguna.
Prosedur
permohonan
1.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Pencalonan KPDNKK/ HPM09/AK/ASP dengan lengkap.
2.
Permohonan disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
i.
Salinan sijil-sijil penghargaan
ii.
Sertakan gambar, salinan keratan akhbar, majalah dan artikel aktiviti seperti
aktiviti sosial, ekonomi dan kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyokong
program mesra pengguna.
iii.
Salinan dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan
3.
Para pemohon hendaklah menulis jenis kategori pada sebelah kanan atas
sampul surat semasa mengirimkan borang pencalonan.
4.
Borang pencalonan serta dokumen sokongan hendaklah dihantar terus kepada
Urusetia Pemilihan Anugerah Kepenggunaan 2009 selewat-lewatnya 10 Julai 2009.
|
Maklumat
lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman web rasmi KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my atau hubungi
Urusetia JK Pemilihan Anugerah Kepenggunaan,
Hari Pengguna Malaysia 2009
Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No.13, Aras 4, Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 W.P. Putrajaya
Tel : 03-8882
6342 Fax : 03-8882 5983
|
|
Anugerah Organisasi Pengguna 2009
Syarat-syarat penyertaan
1.
Pemohon hendaklah berdaftar dengan Registrar of Society (ROS) dan
merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
2.
Pemohon terlibat dalam projek, aktiviti kepenggunaan peringkat daerah,
negeri, kebangsaan atau antarabangsa dari 1 Jun 2008 hingga 31 Mei 2009.
3.
Pemohon pernah terlibat dalam aktiviti sosial, ekonomi dan
kemasyarakatan.
4.
Pemohon mempunyai hasil penulisan, karya, penerbitan yang dihasilkan oleh
organisasi.
Prosedur permohonan
1.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Pencalonan KPDNKK/ HPM09/AK/AOP dengan lengkap.
2.
Permohonan disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
i.
Salinan sijil-sijil penglibatan dan sijil-sijil penghargaan dalam menjayakan
aktiviti atau program kepenggunaan
ii.
Sertakan gambar, salinan keratan akhbar, majalah dan artikel
projek/program/aktiviti yang diceburi
iii.
Salinan poster/penulisan yang
dihasilkan
iv.
Salinan dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan
3.
Para pemohon hendaklah menulis jenis kategori pada sebelah kanan atas
sampul surat semasa mengirimkan borang pencalonan.
4.
Borang pencalonan serta dokumen sokongan hendaklah dihantar terus kepada
Urusetia Pemilihan Anugerah Kepenggunaan 2009 selewat-lewatnya 10
Julai 2009.
|