Kerajaan
memperkenalkan petrol RON 95 untuk memastikan pengguna mendapat faedah langsung
produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Petrol RON95
adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO 2M dimana ianya dapat mengurangkan
pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.Selain itu, ianya juga merupakan salah satu
usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan
sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi Kerajaan ke atas
produk petrol.
1.APA ITU RON?
RON
(Research Octane Number atau Nombor Oktana) adalah satu kadar petrol.
Ianya menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knocking) atau
rintangan terhadap pra-nyalaan atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di
kebuk pembakaran. Ketukan adalah satu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan
sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin.
2.
APA ITU RON 95?
RON 95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON
minima 95.
3.APAKAH JENIS-JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN RON
95?
Kebanyakan kenderaan boleh menggunakan RON95. Walau bagaimanapun,
pengguna dinasihatkan merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)
yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki
gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
4. SAYA ADALAH PENGGUNA PETROL RON 92/97. ADAKAH
PERTUKARAN KEPADA PETROL RON 95AKAN MEROSAKKAN ENJIN KENDERAAAN SAYA?
Jika
buku panduan kenderaan anda mengsyorkan kenderaan anda sesuai untuk menggunakan
RON95, maka pertukaran daripada RON92/97 TIDAK AKAN merosakkan kenderaan
anda.
5. Adakah saya perlu
mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi Petrol RON 95?
TIDAK PERLU.Minyak RON 95 boleh dicampur dan
digunakan dengan minyak RON 92 atau RON 97.
6. Apakah kesan jika
berlaku percampuran petrol RON 95 dengan Petrol RON 97 atau RON 92 ke atas
prestasi enjin kenderaan?
Percampuran
petrol RON 95 dengan RON 92/97 TIDAK akan menjejaskan prestasi enjin
kenderaan.
7. Perlukah saya sentiasa
memilih petrol dengan kadar oktana yang tertinggi untuk kenderaan saya?
Menggunakan
petrol dangan kadar RON yang lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik untuk
kenderaan anda. Anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan
cara pemanduan anda. Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat
Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau
semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
8. ADakah penggunaan kadar
ron yang lebih tinggi menentukan produk petrol yang lebih mesra terhadap alam
sekitar? bagaimana dengan lebih kuasa?
Perbezaaan
sebenar gred petrol tertakluk kepada keperluan enjin kereta masing-masing. ini
tidak menjamin kelebihan kuasa atau lebih mesra alam sekiranya nombor oktana
meningkat. Ini bermaksud kenderaan yang menggunakan produk RON dengan kadar
yang lebih tinggi daripada keperluan enjin masing-masing tidak semestinya
menikmati prestasi yang lebih baik berbanding dengan menggunakan kadar RON yang
disyorkan oleh Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)