Laman Portal My Goverment Laman Portal KPDNKK
Profil KPDNKKPiagam PelangganPengurusan AtasanOrganisasiCawanganAgensi
CARIAN

no upcoming events.
Wajarkah subsidi gula diteruskan?
 
Berapakah jumlah penggunaan gula yang diambil oleh isi rumah anda dalam tempoh sebulan?
 
Pengunjung sejak
21 Jun 2008

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Dikemaskini pada:
3 September 2010, 16:31
 
Home arrow Pengurusan Atasan arrow Perutusan Menteri
Perutusan Menteri | Cetak |
PERUTUSAN 
 
 ismailsabri.jpg
 
 
 
Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI 

KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 




Assalamualaikum w.b.t. dan salam muhibbah.

Bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke laman web KPDNKK.

Saya percaya lawatan tuan/puan, saudara/saudari sekalian ke laman web ini adalah untuk mendapatkan informasi mengenai aktiviti-aktiviti KPDNKK dan juga bagaimana KPDNKK dapat membantu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi khasnya berkaitan perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Saya yakin segala informasi yang terdapat di laman web ini mampu untuk menjawab segala kemusykilan dan kebuntuan yang tuan/puan, saudara/saudari hadapi.

Laman web KPDNKK berkonsepkan ‘user friendly’ , atau mesra pengguna, mudah, cepat, tepat dan berinformasi. Yang penting segala aktiviti kementerian khas untuk pengguna akan dipaparkan dalam laman web ini. Dan inilah juga misi kementerian untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna seterusnya mewujudkan masyarakat pengguna yang perkasa.

KPDNKK prihatin dengan kehendak pengguna. Justeru kementerian ini mengalu-alukan maklumbalas daripada pengguna agar segala pemasalahan, kesulitan yang dihadapi boleh diatasi dengan cepat dan berkesan.

Pengguna berhak dan berkuasa untuk bersuara. Kita cuba amalkan konsep satu pengguna satu suara. Apabila kita bersatu, suara kita akan didengar. Bak kata pepatah melayu, ‘bersatu teguh bercerai roboh’.

Mungkin saudara/saudari sedar atau tidak sedar tetapi, sebagai pengguna kita berhak menuntut ganti rugi terhadap pembekal barang atau perkhidmatan yang tidak memuaskan hati. Dengan ini KPDNKK ada menyediakan kemudahan secara online tata cara pemfailan yang boleh dibuat melalui ruangan e-Tribunal.

Begitu juga dengan e-Aduan yang diwujudkan untuk pengguna membuat pelbagai aduan mengenai sebarang masalah yang dihadapi. Ini adalah satu alternatif kementerian ke arah mempercepatkan penyelesaian aduan pengguna.

KPDNKK juga mewujudkan portal khas iaitu Portal Price Watch untuk pengguna di mana harga barang di pasar seperti barang basah dan kering seluruh Malaysia boleh didapati dengan hanya melayari portal ini. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (ttpm) dan Portal Price Watch merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang kementerian ini tawarkan.

Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru tuan/puan, saudara/saudari pengguna sekalian agar memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan laman web KPDNKK ini . Jadikan laman web ini sebagai rakan untuk menambahkan ilmu kita dalam hal-hal kepenggunaan kerana banyak tip dan panduan pengguna yang terdapat di dalam laman web ini. 

 

 

 


DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

 
Hakcipta | Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Beritahu Rakan
This page took 0.506 seconds to load.